Hello..!! sorry sbb dh lama xdak e3 baru. skang neh saya akn upload citer baru.. cadang nk buat cerpan je, tp tataw lah kowt2 tlebih jd e-novel.. Sorry I love you ni, adik saya punya idea. saya tlg tlis and tambah2 idea.. credits to my sister, ainaa.. please enjoy ye..

Luahkan je


ShoutMix chat widget

Saturday, July 25, 2009

Kau dan Aku 3



Part Three

Lahh… mamat baru tu ke?

“Aku ke kau yang salah? Kau yang jalan tak tengok depan,nak melebih-lebih salahkan orang pulak. One more thing,my name is Faez Hakimi not beruk. Manusia dengan beruk pun tak reti nak bezakan ke?”eh,eh… salahkan aku pulak

“Aku ke kau yang salah? Bukan kau ke yang tak tengok depan masa jalan? Aku panggil kau beruk sebab muka kau tu macam beruk kat hutan tu. Dah sebijik dah aku tengok,dengan hidung kembangnya,badan berbulu,gigi kuning,badan berbau… eee… geli aku.”Don’t give up Millia. Serang dia habis-habisan.

“Kau pulak aku tengok macam pengemis dah. Baju kotor,cakap mengarut and so on. Lagilah geli tengok kau ni.”

“Siapa yang kotorkan baju aku? Kau kan? Hii… memang dasar beruklah.”kataku seraya beredar dari situ. Nasib baik aku bawak baju sukan. Tapi berbaulah baju tu,nak pakai sampai petang.

“Jomlah Lia takde mood nak makan dekat dengan beruk. Temankan aku pergi pejabat.”kataku sebaik tiba di meja makan. Mangkuk bihun pun aku hempas. Aku kisah apa? Natalia yang nampak takut-takut hanya mengikut. Mana taknya,baru pertama kali ni dia nampak aku marah giler.

Relax kejap Millia. Boleh kena sakit jantung macam ni…” Natalia bersuara.

“Kau tau tak tak pasal-pasal beruk tu nak salahkan aku pulak. Aku ke dia yang salah?” tanyaku pula padanya.

“Gerentilah mamat tu salah. Memang aku tengok dia tu yang langgar kau. Tapi kan apasal kau kata dia beruk?”

“Sebab perangai dia macam beruk. Dah kenalah tu.”kataku sambil menolak pintu cermin di pejabat.

“Assalamualaikum,Kak Yati.”kataku memberi salam pada kerani yang bertugas.

“Waalaikumussalam,YA ALLAH. Kenapa dengan baju kamu tu?”terkejut dia sebaik nampak bajuku yang kotor.

“Ada sekor beruk tumpahkan bihun sup. Cikgu Maryam ada?”kataku malas bersoal jawab. Melihat anggukannya,aku terus meluru ke arah bilik penolong kanan sekolah,Cikgu Maryam.

“Assalamualaikum,Cikgu Maryam.”kataku sebaik membuka pintu biliknya.

“Waalaikumussalam,sila duduk.”katanya tanpa memandangku dan Natalia.

“Terima kasih,cikgu. Saya nak minta kebenaran untuk memakai baju sukan lebih awal daripada yang ditetapkan,boleh tak cikgu?”kataku. Tak yah berkias-kias.

“Kenapa pulak? Sekolah kita ada peraturan jangan awak nak buat ikut suka hati.”eh… orang tua ni. Aku picit jugak kang. Nak angkat kepala pun susah.

“Cikgu tak nampak ke baju saya kotor? Takkan saya nak pakai baju ni sampai petang?”aku dah sakit hati ditambahnya lagi.

“Oh… maafkan saya. Saya tak perasan. Macam mana boleh jadi macam ni? Payah nak cuci ni,”angkat pun muka tu,ingatkan dah berat sangat sanggul tu sampai susah nak angkat kepala.

“Bihun sup tertumpah. Boleh tak cikgu? Saya nak tukar sekarang ni,nanti tak sempat masuk kelas.”waktu rehat nak tamat dah,dia boleh main soal jawab lagi

“Baiklah. Kamu boleh tukar baju sekarang.”

“Terima kasih cikgu,kami keluar dulu.”kataku lalu menarik Natalia menuju ke pintu. Baru aku nak pulas tombol,pintu dah terbuka dari luar. Alah…… jantan ni lagi. Kalaulah aku boleh buat dia vanished kan senang. Tak payah menghadap muka dia aje.

“Ahh,dah sampai pun Faez. Emillia,alang-alang awak nak pergi ke kelas,boleh awak tunjukkan Faez jalan nak ke kelas 6 Sc 1?” apa??!!

“Boleh,tapi kenapa dia masuk kelas lambat sangat? Kalau nak tunjuk kelas tu boleh,tapi kalau nak tunjuk sekolah tu tak bolehlah. Cikgu sendiri tau saya tak suka keluar waktu belajar kan?”terpaksalah. Apa susah aku suruhlah Natalia tunjukkan.

“Oh pasal itu tak apa. Tadi saya dah tunjukkan kawasan sekolah pada dia. Awak hanya perlu tunjukkan kelas sahaja. Okey Faez,ikut Emillia.”katanya memberi kata pemutus.

“Kami keluar dulu cikgu.”kataku seraya berjalan keluar tanpa menunggu Natalia ataupun beruk tu. Tak kuasa aku.

“Lia,kau jelah tunjuk jalan ke kelas kat beruk sekor ni. Aku nak cepat ni. Tolong ye?”kataku lalu terus berlari ke kelas.

“Lia… kau tunggu aku kat kelas tau. Kalau ada masa aku nak telefon Abang Emirr,”kataku padanya. Ketika aku nak turun ke tandas.

“Aik.. Cepatnya dia naik.”kedengaran suara Faez.

“Ha… kalau nak tau,nilah atlet sekolah dalam acara lumba lari. Tak ada sape boleh challenge dia.”kata Natalia pada Faez.

“Oh… lupa nak perkenalkan diri. Nama saya Faez Hakimi,panggil aje Faez. Selamat berkenalan.”katanya memperkenalkan diri.

“Natalia Danny Evans. Panggil aje Lia. Yang lagi seorang tu,namanya Emillia Natasha. Panggil aje Millia. Saya kenalkan ni sebab saya tahu dia takkan kenalkan diri dia pada awak. Tulah tadi apsal kurang ajar sangat.”


‘Masak aku kena goreng kalau Emillia tau.’


Faez hanya tersenyum dan mengangkat bahu. Tak tau nak cakap apalah tu.

“Apasal masuk kelas lambat sangat?” kata Natalia setelah agak lama mendiamkan diri.

“Ha???”tanyanya terpinga-pinga.

“Apasal masuk kelas lambat sangat? ”ulang Natalia sambil tergelak-gelak.

“Tadi kan cikgu dah gitau,dia dah tunjukkan sekolah pada saya. That why I’m late.” jelasnya.

Oh… I see…” balas Natalia sambil memikirkan sesuatu. Kusyuk benar.

“Ingatkan sapa? Kusyuk benar. Sampai mamat hensem lalu kat depan pun tak perasan.”sergah aku dari belakang.

“Opocot mak kau!!!”aku ingatkan Natalia yang melatah,rupanya Faez. Aku memandangnya dengan rasa tak percaya.

“Lah… beruk pun melatah ke? Ingatkan beruk tak melatah,”kataku lalu ketawa. Natalia turut ketawa,hanya Faez yang tak ketawa.

“Marah nampak? Relaxlah bro, nanti menjadi lagi macam beruk.”kataku sambil memandangnya.

“Lia… dia merajuklah…”kataku masih mengusik.

“Jomlah Lia,kang lambat masuk kelas.”kataku sambil menarik tangannya.

“Eh,macam mana dengan Faez?”

“Kau tak perasan ke dah sampai kelas ha?”gila minah ni. Apalah yang dibualkan oleh diaorang sampai si Natalia ni tak sedar dah sampai kelas?

No comments: