Hello..!! sorry sbb dh lama xdak e3 baru. skang neh saya akn upload citer baru.. cadang nk buat cerpan je, tp tataw lah kowt2 tlebih jd e-novel.. Sorry I love you ni, adik saya punya idea. saya tlg tlis and tambah2 idea.. credits to my sister, ainaa.. please enjoy ye..

Luahkan je


ShoutMix chat widget

Saturday, July 25, 2009

K!sah K!ta (9)

Part 9

“Hai Intan,tengah buat apa tu? Tengah makan ek..??”nasib baik tak tersedak. Tengah sedap-sedap makan Amirul datang.

“Taklah tengah main bola,”balasku pedas tanpa memandangnya.

“Oh.. Ingatkan tengah makan,mana bolanya?”katanya turut berjenaka sambil duduk di hadapanku.

“Dekat padang la mana lagi. Ni apasal tak pergi rehat? Kacau orang pulak,”kataku yang masih tak puas hati dengan perlakuannya pagi tadi.

“Awak ni kenapa marah-marah pulak? Oh.. Pasal pagi tadi eh..?? Sorry la tak dapat control,tetiba je rasa nak cium awak. Tulah apasal comel sangat,”katanya sambil merapatkan tangan kanan dan tangan kirinya tanda memohon ampun.

“Apa pun alasan awak,saya tak boleh maafkan awak,”kataku lalu bangun untuk meletak pinggan kosong ke dalam besen yang disediakan khas.

“Eleh.. Intan ni,padahal seronok kan dapat ciuman dari orang yang hensem macam saya. Muka saya ni dah macam Tom Cruise tau,”katanya sambil menunjukkan muka yang kononnya macho la tu.

“Perasanlah….”kataku lalu menuju ke pusat sumber. Dia asyik mengekori aku ke mana sahaja aku pergi. Dania pun hilang ke mana pulak ntah.

Can you please stop your attitude? Rimas tau tak?”kataku sambil menjegilkan mata tak puas hati.

“Bukannya ganggu tugas awak pun. Kenapa awak suka bertugas di perpustakan? Bukannya seronok pun,”

“Bagi awak tak seronok,tapi bagi saya seronok. Saya dapat baca buku tanpa had tau tak?”kataku sambil tersenyum melihatnya tercengang.

“Awak ni memang minat buku ke?”

“Yalah,kalau tak ada buku macam mana nak belajar,nak kenal alam sekitar dan nak tahu macam mana alam ini terjadi. Bukannya macam awak tahu main je,”kataku sekaligus menyindirnya.

“Apa!!?? Amboi suka hati je nak mengata kat orang ya?”katanya lantas menarik hidungku

“Aduhh!!! Sakitlah…”

“Tau pun sakit. Tulah buat perangai lagi,”katanya sambil tersenyum nakal.

“Dah betul kan. Kebenaran tak patut dirahsiakan ye tak?”kataku sambil mengenyitkan mata.

“Alamak..!! Amirul tak boleh masuk sebab library tutup,”kataku sambil menunjuk ke arah notis yang ditampal di depan pusat sumber.

“Alah..!! Intan teman Amirul nak tak?”

“Teman? Teman ke mana?”kataku yang keliru.

“Teman Amirul bertugas lah. Ke mana lagi,”

“Bertugas? Pergi jelah bukannya ada hantu pun dekat situ,”

“Tak best la,kawan Amirul tak hadir la hari ni,”katanya merayu.

“Yalah.. Yalah,tapi hari ni je tau,”

No problem madam..”katanya sambil mengangkat tangan tabik hormat.

~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~@ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~
 
“Mana mama ni?”geramnya aku dengan mamat ni dari tadi asyik merunggut je.

“Mak Long ada hal la tu,”kataku cuba memujuk.

“Saya masuk kejap ye? Nak telefon Pak Mat,”sambungku lalu melangkah masuk.

“Hoi betina…!!!”terkejut aku dengar teriakan itu.

“Saya ke?”kataku sambil memandang ke arah sekumpulan besar pelajar perempuan.

“Kau lah sapa lagi. Aku nak cakap sikit dengan kau pasal Amirul Asyraff,”kata perempuan yang aku yakin ketuanya.

‘Amirul punya pasal la ni. Habislah aku.’ Kecut perut aku tengok kumpulan yang dianggotai oleh dua orang pelajar berbadan besar.

“Kau jangan dekat dengan Amirul,Amirul tu milik Ardella. Faham ke tak ni betina!!??”

“Betina?? Weh,mak ayah saya bagi nama elok-elok awak panggil saya betina. Lagipun saya tak nampak apa-apa tanda kat Amirul yang menandakan dia milik,siapa nama? Ardella kan?”kataku. Kalau dah berkurang ajar dengan aku takkan aku nak balas dengan kebaikan yang terlampau.

“Dah la malas saya nak layan korang semua. Saya ada kerja dengan Amirul,”kataku cuba menyiram minyak tanah pada hati yang sudah panas. Lepas tu apa lagi belah la.

“Woi..!! Aku belum habis lagi lah,”alamak telefon rosak la pulak. Matilah aku tulah mulut tu tak ada insuran langsung. Main lepas ja.

“Intan… Intan… Jom mama dah sampai,”kedengaran suara pernyelamatku,Amirul. Alhamdullilah…

“Eh,apasal ramai sangat kawan awak,Intan?”katanya yang memandang hairan ke arah sekumpulan pelajar yang mula beransur pergi. Blur betul la mamat ni.

Aku terus meninggalkan Amirul terkial-kial di situ. Meluat gila aku dengan Amirul. Bukannya nak marah peminat dia ke apa ke. Menyakitkan hati betul lah.

“Awak ni kenapa?”katanya yang berjalan mengikuti langkahku menuju ke kereta Mak Long.

“Tak ada apa-apa. Malas nak layan awak je,”kataku lalu membuka pintu kereta sekaligus menamatkan perbualan.

No comments: