Hello..!! sorry sbb dh lama xdak e3 baru. skang neh saya akn upload citer baru.. cadang nk buat cerpan je, tp tataw lah kowt2 tlebih jd e-novel.. Sorry I love you ni, adik saya punya idea. saya tlg tlis and tambah2 idea.. credits to my sister, ainaa.. please enjoy ye..

Luahkan je


ShoutMix chat widget

Thursday, July 30, 2009

Kau dan aku 4



Part 4.

‘Argh…meluatnya dengan beruk tu. Natalia pun asyik sebelahkan beruk tu. Geramnya!!!!’

Nak tau apa jadi kat Emillia??? Lu pikirlah sendiri…hehehe. Tak pe meh aku citer kat korang.

“Woi minah…!!!” jebon mana ntah panggil aku minah ni… aku ada nama lah jebon.

“Ko pehal panggil aku minah? Apa!!?? Ingat aku tak ada nama nak panggil aku minah. Aku ada nama lah BERUK…” makin hangin satu badan lah aku bila beruk tu yang panggil aku. Apa dia tak dengar ke time Puan Maryam pangil aku Emillia? Ke memang ada problem tak dengar atau lebih dikenali sabagai pekak. Badak pun tak pekak macam dia rasanya.

“Cakap kat orang,dia pun sama. Aku kan dah cakap kat kantin tadi nama aku Faez Hakimi. Kau ni pekak ke apa?”

“Okey! Untuk pengetahuan kau,nama aku Emillia Natasha. Pesal kau panggil aku? Nak gaduh lagi ke?”tanyaku sambil menjelingnya.

“Pehal aku nak gaduh pulak? Saja je nak kenal. Okeylah Cik Emillia Natasha,aku blah dulu. Jalan tu tengok-tengok sama,jangan langgar orang lagi.”katanya lalu meninggalkan aku.

“Argh… sengal betul lah beruk ni… dia yang langgar aku,kata aku langgar dia pulak.”

“Biarlah dekat dia. Lagipun hal tu kan semalam punya,tak payah lah dok mengungkit. Sudah-sudah lah.”sampuk Natalia. Aku hanya menjeling dan berlalu meninggalkannya.

Haa… dah tau apa jadi kat Emillia kan? So layan lah citer seterusnya.

“Millia..!!! Mari turun makan.”kedengaran suara Abang Emmir di luar bilikku.

“Mama masak apa?”tanyaku sambil membuka pintu bilik. Tersengul muka abang tercintaku. Alah…!!! Tengah main mesej ngan Natalia lah tu.

“Entah. Pergilah tengok,” katanya lalu terus meninggalkanku. Sejak dia kapel dengan Natalia,bukannya nak layan aku macam dulu. Ni yang sedih ni. Dah lah aku yang matchingkan diorang,bukannya nak cakap tima kasih ke,apa ke. Ni tak buat dek aje kat aku.

“Mama!!! Tengok abang tu,dah ada makwe tak nak layan Millia… dah lah makwe dia tu jahat,kejam,tak ada hati perut. Macam manalah boleh tersangkut?”aku terus turun mengadu pada mama. Hehehe,bab mengadu ni bagi aku. Sebab tu lah abang selalu panggil aku reporter.

“Biarlah kat dia. Abang kamu tu payah nak bercinta. Sekali dah bercinta habislah. Tak dilayannya orang lain. Biar aje kat dia, Millia kan ada mama?”ni yang aku sayang mama ni. Hahaha… abang tak boleh manja dengan mama. Mama aku dah reserve.

“Ni yang Millia sayang mama ni. Abang tak leh join sebab abang dah ada Natalia. Buek…!!!”kataku pada Abang Emmir yang baru masuk ke ruang makan. Siap jelir lidah kat dia lagi.

“Budak ni…abang kerat lidah tu baru tau. Mama tengoklah Millia ni. Manja sangat.”katanya pada mama pula.

“Alah,abang ni. Mengalahkan budak kecik. Nak mengadu jugak… sibuk jelah Millia nak bermanja dengan mama.”kataku lalu memeluk mama.

“Dah-dah. Abang, Millia duduk. Kita makan.”kata mama apabila abang nak buka mulut buat serangan balas. Aku menjelirkan lidah padanya sekali lagi.

“Abang baca doa.”ujar mama setelah semua siap.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ @@@@@@@@@@ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hai Natasha,” baru je sampai sekolah ada orang panggil nama aku. Betul ke? Bukan aku sorang je dalam sekolah ni nama Natasha,ramai lagi. So,dengan muka yang selamba aku meneruskan langkah ke tempat duduk ku dengan yakinnya.

“Wei, minah! Ko tak dengar ke aku panggil ko?”minah mana pulak ni?

“Ko panggil aku ke?”tanyaku pada Natalia.

“Mana ada. Faez lah panggil kau.”katanya lalu menghalakan kepalanya ke arah Faez yang berada lebih kurang 3 kaki dariku.

“Kau ke? Ingatkan sape lah mangkuk yang panggil aku Natasha tadi. Lain kali panggil aku Millia. Tulah mangkuk sangat. Tak paham bahasa Melayu.” sindirku pedas.

“Aku punya sukalah nak panggil kau apa pun. Tu hak aku. Lagipun aku rasa nama Natasha lagi sedap dari Millia. Macam Milo dah aku dengar.”amboi sesedap rasa ditambah perisa lagi dia kutuk nama aku. Tau lah Milo tu fevret aku. Suka hati je kata nama aku dengar macam Milo.

“Wahai beruk dari hutan belantara yang tidak diketahui asal usulnya,yang ko sibuk tu apsal? Aku punya suka lah nak guna nama Millia ke,Natasha ke Milo ke, yang ko sibuk apsal? Nak jadi Mamu Jarum?” kataku pula.

“Woi Milo,aku punya sukalah nak sibuk ke apa ke. Aku tegur ko sebagai seorang kawan.” kawan pulak.

“Ooi beruk, ko ingat aku kebulur sangat ke nasihat kau tu? Boleh jalan lah. Ingat hensem sangat lah tu. Tok wan aku lagi hensem lah, jangan kan tok wan, moyang aku yang dah bongkok sabut lagilah hensem.”

“Ya ke? Boleh aku jumpa diorang? Nak lah tau hensem macam mana. Betul ke lagi hensem dari aku.”eh mamat ni… tok wan ngan moyang aku pun kau nak jumpa? Tak dak orang lain nak jumpa dah ke?

“Boleh… moyang aku ada dekat Kampung Batu Tiga. Ko pergilah cari kat Tanah Perkuburan Islam, Kg. Batu Tiga. Tok Wan aku pulak kat Brunei.”kataku pula.

“Moyang ko dah meninggal dah pun. Macam mana ko tau dia lagi hensem dari aku? Temberang sangat lah tu,”sindirnya pula.

“Aku tengok gambar dia lah. Apa ke blur sangat kau ni,”sindirku.

“Minah ni…ko memang…”tak sempat dia habiskan ayatnya Cikgu tersayangku dah masuk. Dengan jambul terlebih kembangnya itu.

“Cikgu Jambul Terlebih Kembang dah masuklah pulak…tunggu kau!”katanya lalu kembali ke tempatnya.

‘Cikgu Jambul Terlebih Kembang? Suka hati dia aje nak panggil cikgu kesayangan aku Cikgu Jambul Terlebih Kembang. Nanti kau!!’

“Okey hari ni saya tak dapat mengajar kamu. Saya akan berikan kamu tugasan berkumpulan. Saya akan agihkan kamu berdua-dua kerana kelas kamu ada pelajar baru kan? So, jadi 36 orang lah kan,” katanya panjang lebar. Fuh… lega dia tak mengajar. Kalau tak makin berserabut lah otak aku yang sememangnya berserabut.

“Emillia,saya nak kamu pergi ke bilik guru dan ambil tugasan kawan-kawan kamu di atas meja saya. Awak pergi dengan patner awak,emm…”dia meneliti kertas di tangannya.

“Faez Hakimi…”sambungnya sambil memandang anak muridnya satu persatu.
Aku membeliakkan mata tanda tak percaya. Macam mana dia boleh jadi patner aku ni? Tidak!!! Mama!!! Faez juga tampak tak percaya.

“Mana satu Faez Hakimi? Cepatlah saya ada banyak kerja lagi ni,”aku mengalihkan pandangan dari wajah Faez ke arah Cikgu Nabila.

“Dia patner saya cikgu?”tanyaku tak percaya.

“Yelah,kenapa?”

“Takde apa-apa cikgu,”

“Kalau macam tu cepatlah pergi,saya ada banyak hal nak buat lagi ni,”katanya mengarah.
Aku berlalu meninggalkan Faez di belakangku.

“Natasha,perlahan lah sikit, aku bukannya tau sangat pasal jalan kat sekolah ni.”ujar Faez lembut. Aku memperlahankan langkahku.

“Cepatlah,aku tinggal jugak karang, jalan macam Mak Limah nak ke pasar.”rungutku apabila melihatnya berjalan macam itik pulang petang.

“Sabar lah kejap. Tak larilah bilik guru tu.”katanya lalu mempercepatkan langkah kakinya.

“Bilik guru memang lah tak lari. Tapi masa yang lari,”kataku lalu mempercepatkan lagi langkah kakiku.

“Wei,tunggulah aku.”katanya dari belakangku.

“Lambat sangatlah ko ni,”rungutku.

Sesampainya kami ke bilik guru,aku terus ke meja Cikgu Nabila. Mak aii…maunya sakit jantung aku tengok tugasan kami. Tebal bukan main. Patutlah suruh Faez teman aku

“Mati kita…”kataku pada Faez. Dia juga mengeluh.

“Nak buat macam mana. Baru masuk dah kena seksa dengan kerja berlambak macam ni. Haih…apalah malang sangat nasib aku.”katanya seolah-olah bercakap seorang diri. Lalu dia terus mengambil sebahagian daripada kertas itu. Bukan sebahagian tapi hampir kesemuanya. Tak banyak yang tinggal untukku,kira ringan lah beban aku.

“Kau boleh ke bawak banyak tu? Tak berat ke? Kalau tak larat meh kat aku sikit,”kataku kasihan melihatnya yang membawa beban kertas itu.

“Tak pe. Aku boleh,”katanya tanpa memandang ke arah ku. Laju saja langkah kakinya. Betul ke mamat ni boleh ni? Dah lah kelas kami tinggi lah jugak.

“Betul ke ni? Kalau tak larat bagi kat aku, kelas kita bukannya rendah. Tingkat tiga tau. Maunya patah bahu ko tu,”bebelku pula.

“Ko ni suka membebel lah. Mengalahkan mak aku,ko tu pun larat ke nak bawak banyak-banyak kalau aku bagi sikit lagi kat ko mesti lagi lambat sampai kelas.”katanya sambil meletakkan kertas di bawah.

“Kenapa dah letih?”tanyaku prihatin.

“Berat tau tak. Nah,kau ambik sikit,”katanya lalu meletakkan suku daripada kertas yang dibawanya.

“Dah jom,”kataku lalu terus menaiki tangga menuju ke kelas kami.

Baru melangkah untuk menaiki tangga aku ditolak oleh seseorang.

“Auchh.. Sakitlah!” kataku lalu bangun untuk mengutip kertas yang berterabur akibat dilanggar. Aku mengalihkan pandangan kepada hamba ALLAH yang telah melanggarku. Dah langgar orang, tak reti nak tolong kutip kertas yang berterabur tu ke?

“Kau??!!”
 

Saturday, July 25, 2009

Kau dan Aku 3



Part Three

Lahh… mamat baru tu ke?

“Aku ke kau yang salah? Kau yang jalan tak tengok depan,nak melebih-lebih salahkan orang pulak. One more thing,my name is Faez Hakimi not beruk. Manusia dengan beruk pun tak reti nak bezakan ke?”eh,eh… salahkan aku pulak

“Aku ke kau yang salah? Bukan kau ke yang tak tengok depan masa jalan? Aku panggil kau beruk sebab muka kau tu macam beruk kat hutan tu. Dah sebijik dah aku tengok,dengan hidung kembangnya,badan berbulu,gigi kuning,badan berbau… eee… geli aku.”Don’t give up Millia. Serang dia habis-habisan.

“Kau pulak aku tengok macam pengemis dah. Baju kotor,cakap mengarut and so on. Lagilah geli tengok kau ni.”

“Siapa yang kotorkan baju aku? Kau kan? Hii… memang dasar beruklah.”kataku seraya beredar dari situ. Nasib baik aku bawak baju sukan. Tapi berbaulah baju tu,nak pakai sampai petang.

“Jomlah Lia takde mood nak makan dekat dengan beruk. Temankan aku pergi pejabat.”kataku sebaik tiba di meja makan. Mangkuk bihun pun aku hempas. Aku kisah apa? Natalia yang nampak takut-takut hanya mengikut. Mana taknya,baru pertama kali ni dia nampak aku marah giler.

Relax kejap Millia. Boleh kena sakit jantung macam ni…” Natalia bersuara.

“Kau tau tak tak pasal-pasal beruk tu nak salahkan aku pulak. Aku ke dia yang salah?” tanyaku pula padanya.

“Gerentilah mamat tu salah. Memang aku tengok dia tu yang langgar kau. Tapi kan apasal kau kata dia beruk?”

“Sebab perangai dia macam beruk. Dah kenalah tu.”kataku sambil menolak pintu cermin di pejabat.

“Assalamualaikum,Kak Yati.”kataku memberi salam pada kerani yang bertugas.

“Waalaikumussalam,YA ALLAH. Kenapa dengan baju kamu tu?”terkejut dia sebaik nampak bajuku yang kotor.

“Ada sekor beruk tumpahkan bihun sup. Cikgu Maryam ada?”kataku malas bersoal jawab. Melihat anggukannya,aku terus meluru ke arah bilik penolong kanan sekolah,Cikgu Maryam.

“Assalamualaikum,Cikgu Maryam.”kataku sebaik membuka pintu biliknya.

“Waalaikumussalam,sila duduk.”katanya tanpa memandangku dan Natalia.

“Terima kasih,cikgu. Saya nak minta kebenaran untuk memakai baju sukan lebih awal daripada yang ditetapkan,boleh tak cikgu?”kataku. Tak yah berkias-kias.

“Kenapa pulak? Sekolah kita ada peraturan jangan awak nak buat ikut suka hati.”eh… orang tua ni. Aku picit jugak kang. Nak angkat kepala pun susah.

“Cikgu tak nampak ke baju saya kotor? Takkan saya nak pakai baju ni sampai petang?”aku dah sakit hati ditambahnya lagi.

“Oh… maafkan saya. Saya tak perasan. Macam mana boleh jadi macam ni? Payah nak cuci ni,”angkat pun muka tu,ingatkan dah berat sangat sanggul tu sampai susah nak angkat kepala.

“Bihun sup tertumpah. Boleh tak cikgu? Saya nak tukar sekarang ni,nanti tak sempat masuk kelas.”waktu rehat nak tamat dah,dia boleh main soal jawab lagi

“Baiklah. Kamu boleh tukar baju sekarang.”

“Terima kasih cikgu,kami keluar dulu.”kataku lalu menarik Natalia menuju ke pintu. Baru aku nak pulas tombol,pintu dah terbuka dari luar. Alah…… jantan ni lagi. Kalaulah aku boleh buat dia vanished kan senang. Tak payah menghadap muka dia aje.

“Ahh,dah sampai pun Faez. Emillia,alang-alang awak nak pergi ke kelas,boleh awak tunjukkan Faez jalan nak ke kelas 6 Sc 1?” apa??!!

“Boleh,tapi kenapa dia masuk kelas lambat sangat? Kalau nak tunjuk kelas tu boleh,tapi kalau nak tunjuk sekolah tu tak bolehlah. Cikgu sendiri tau saya tak suka keluar waktu belajar kan?”terpaksalah. Apa susah aku suruhlah Natalia tunjukkan.

“Oh pasal itu tak apa. Tadi saya dah tunjukkan kawasan sekolah pada dia. Awak hanya perlu tunjukkan kelas sahaja. Okey Faez,ikut Emillia.”katanya memberi kata pemutus.

“Kami keluar dulu cikgu.”kataku seraya berjalan keluar tanpa menunggu Natalia ataupun beruk tu. Tak kuasa aku.

“Lia,kau jelah tunjuk jalan ke kelas kat beruk sekor ni. Aku nak cepat ni. Tolong ye?”kataku lalu terus berlari ke kelas.

“Lia… kau tunggu aku kat kelas tau. Kalau ada masa aku nak telefon Abang Emirr,”kataku padanya. Ketika aku nak turun ke tandas.

“Aik.. Cepatnya dia naik.”kedengaran suara Faez.

“Ha… kalau nak tau,nilah atlet sekolah dalam acara lumba lari. Tak ada sape boleh challenge dia.”kata Natalia pada Faez.

“Oh… lupa nak perkenalkan diri. Nama saya Faez Hakimi,panggil aje Faez. Selamat berkenalan.”katanya memperkenalkan diri.

“Natalia Danny Evans. Panggil aje Lia. Yang lagi seorang tu,namanya Emillia Natasha. Panggil aje Millia. Saya kenalkan ni sebab saya tahu dia takkan kenalkan diri dia pada awak. Tulah tadi apsal kurang ajar sangat.”


‘Masak aku kena goreng kalau Emillia tau.’


Faez hanya tersenyum dan mengangkat bahu. Tak tau nak cakap apalah tu.

“Apasal masuk kelas lambat sangat?” kata Natalia setelah agak lama mendiamkan diri.

“Ha???”tanyanya terpinga-pinga.

“Apasal masuk kelas lambat sangat? ”ulang Natalia sambil tergelak-gelak.

“Tadi kan cikgu dah gitau,dia dah tunjukkan sekolah pada saya. That why I’m late.” jelasnya.

Oh… I see…” balas Natalia sambil memikirkan sesuatu. Kusyuk benar.

“Ingatkan sapa? Kusyuk benar. Sampai mamat hensem lalu kat depan pun tak perasan.”sergah aku dari belakang.

“Opocot mak kau!!!”aku ingatkan Natalia yang melatah,rupanya Faez. Aku memandangnya dengan rasa tak percaya.

“Lah… beruk pun melatah ke? Ingatkan beruk tak melatah,”kataku lalu ketawa. Natalia turut ketawa,hanya Faez yang tak ketawa.

“Marah nampak? Relaxlah bro, nanti menjadi lagi macam beruk.”kataku sambil memandangnya.

“Lia… dia merajuklah…”kataku masih mengusik.

“Jomlah Lia,kang lambat masuk kelas.”kataku sambil menarik tangannya.

“Eh,macam mana dengan Faez?”

“Kau tak perasan ke dah sampai kelas ha?”gila minah ni. Apalah yang dibualkan oleh diaorang sampai si Natalia ni tak sedar dah sampai kelas?

K!sah K!ta (9)

Part 9

“Hai Intan,tengah buat apa tu? Tengah makan ek..??”nasib baik tak tersedak. Tengah sedap-sedap makan Amirul datang.

“Taklah tengah main bola,”balasku pedas tanpa memandangnya.

“Oh.. Ingatkan tengah makan,mana bolanya?”katanya turut berjenaka sambil duduk di hadapanku.

“Dekat padang la mana lagi. Ni apasal tak pergi rehat? Kacau orang pulak,”kataku yang masih tak puas hati dengan perlakuannya pagi tadi.

“Awak ni kenapa marah-marah pulak? Oh.. Pasal pagi tadi eh..?? Sorry la tak dapat control,tetiba je rasa nak cium awak. Tulah apasal comel sangat,”katanya sambil merapatkan tangan kanan dan tangan kirinya tanda memohon ampun.

“Apa pun alasan awak,saya tak boleh maafkan awak,”kataku lalu bangun untuk meletak pinggan kosong ke dalam besen yang disediakan khas.

“Eleh.. Intan ni,padahal seronok kan dapat ciuman dari orang yang hensem macam saya. Muka saya ni dah macam Tom Cruise tau,”katanya sambil menunjukkan muka yang kononnya macho la tu.

“Perasanlah….”kataku lalu menuju ke pusat sumber. Dia asyik mengekori aku ke mana sahaja aku pergi. Dania pun hilang ke mana pulak ntah.

Can you please stop your attitude? Rimas tau tak?”kataku sambil menjegilkan mata tak puas hati.

“Bukannya ganggu tugas awak pun. Kenapa awak suka bertugas di perpustakan? Bukannya seronok pun,”

“Bagi awak tak seronok,tapi bagi saya seronok. Saya dapat baca buku tanpa had tau tak?”kataku sambil tersenyum melihatnya tercengang.

“Awak ni memang minat buku ke?”

“Yalah,kalau tak ada buku macam mana nak belajar,nak kenal alam sekitar dan nak tahu macam mana alam ini terjadi. Bukannya macam awak tahu main je,”kataku sekaligus menyindirnya.

“Apa!!?? Amboi suka hati je nak mengata kat orang ya?”katanya lantas menarik hidungku

“Aduhh!!! Sakitlah…”

“Tau pun sakit. Tulah buat perangai lagi,”katanya sambil tersenyum nakal.

“Dah betul kan. Kebenaran tak patut dirahsiakan ye tak?”kataku sambil mengenyitkan mata.

“Alamak..!! Amirul tak boleh masuk sebab library tutup,”kataku sambil menunjuk ke arah notis yang ditampal di depan pusat sumber.

“Alah..!! Intan teman Amirul nak tak?”

“Teman? Teman ke mana?”kataku yang keliru.

“Teman Amirul bertugas lah. Ke mana lagi,”

“Bertugas? Pergi jelah bukannya ada hantu pun dekat situ,”

“Tak best la,kawan Amirul tak hadir la hari ni,”katanya merayu.

“Yalah.. Yalah,tapi hari ni je tau,”

No problem madam..”katanya sambil mengangkat tangan tabik hormat.

~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~@ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~ @ ~
 
“Mana mama ni?”geramnya aku dengan mamat ni dari tadi asyik merunggut je.

“Mak Long ada hal la tu,”kataku cuba memujuk.

“Saya masuk kejap ye? Nak telefon Pak Mat,”sambungku lalu melangkah masuk.

“Hoi betina…!!!”terkejut aku dengar teriakan itu.

“Saya ke?”kataku sambil memandang ke arah sekumpulan besar pelajar perempuan.

“Kau lah sapa lagi. Aku nak cakap sikit dengan kau pasal Amirul Asyraff,”kata perempuan yang aku yakin ketuanya.

‘Amirul punya pasal la ni. Habislah aku.’ Kecut perut aku tengok kumpulan yang dianggotai oleh dua orang pelajar berbadan besar.

“Kau jangan dekat dengan Amirul,Amirul tu milik Ardella. Faham ke tak ni betina!!??”

“Betina?? Weh,mak ayah saya bagi nama elok-elok awak panggil saya betina. Lagipun saya tak nampak apa-apa tanda kat Amirul yang menandakan dia milik,siapa nama? Ardella kan?”kataku. Kalau dah berkurang ajar dengan aku takkan aku nak balas dengan kebaikan yang terlampau.

“Dah la malas saya nak layan korang semua. Saya ada kerja dengan Amirul,”kataku cuba menyiram minyak tanah pada hati yang sudah panas. Lepas tu apa lagi belah la.

“Woi..!! Aku belum habis lagi lah,”alamak telefon rosak la pulak. Matilah aku tulah mulut tu tak ada insuran langsung. Main lepas ja.

“Intan… Intan… Jom mama dah sampai,”kedengaran suara pernyelamatku,Amirul. Alhamdullilah…

“Eh,apasal ramai sangat kawan awak,Intan?”katanya yang memandang hairan ke arah sekumpulan pelajar yang mula beransur pergi. Blur betul la mamat ni.

Aku terus meninggalkan Amirul terkial-kial di situ. Meluat gila aku dengan Amirul. Bukannya nak marah peminat dia ke apa ke. Menyakitkan hati betul lah.

“Awak ni kenapa?”katanya yang berjalan mengikuti langkahku menuju ke kereta Mak Long.

“Tak ada apa-apa. Malas nak layan awak je,”kataku lalu membuka pintu kereta sekaligus menamatkan perbualan.

K!sah K!ta (8)



Part 8
  
“Assalamualaikum… Mak Long,”kataku sebaik mama menurunkan aku di depan rumah Mak Long. Mama kena pergi ke airport kerana dah terlambat.

“Waalaikumussalam,Intan mari masuk,”kata Mak Long sebaik buka pintu. Mana Amirul,minta-minta dah pergi sekolah.

“Mana mama dengan Edry?”kata-kata Mak Long mematikan lamunanku.

“Edry dah pergi sekolah. Mama pulak dah pergi airport. Intan nak letak beg dulu,nanti Pak Mat ambil Intan pulak,”jelasku padanya.

“Tak payahlah,Mak Long hantar je. Mak Long pun nak pergi sekolah ni,”kata Mak Long yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Damansara. Sebelah sekolah aku je,sebab tu la Mak Long cakap dia hantar. Kalau aku menolak apa kata dia pulak? Naik dengan dia je la.

“Yalah tapi Intan nak kena pergi awal sikit hari ni. Mak Long boleh hantar pukul 7.15 tak?”tanyaku. Aku bertugas hari ni,sebab tulah ke pergi sekolah awal.

“Ohh.. Tak apa,hari ni pun Amirul kena pergi awal. Katanya nak ke library,”ha??!! Amirul nak ke pusat sumber? Dia tahu ke aku bertugas hari ni,siapa bagitau dia pulak ni.

“Amirul dah pergi ke?”tertanya la pulak. Apa Mak Long fikir pasal aku. Mulut celupar betul la.

“Belum,kalau tak takkan la Mak Long nak tunggu dia pulak. Intan pergi panggil dia kejap,bilik hujung tingkat atas,”apasal aku pulak nak kena panggil dia pulak.

“Pandai-pandai la dia turun sendiri nanti,”Alamak..!! Apasal mulut aku ni celupar sangat ni…

“Intan tunggu Mak Long dengan Amirul di luar ye,”sambungku lagi bila mendengar bunyi pintu dibuka dan ditutup kembali. Mesti Amirul takkanlah Pak Long kot. Kan dah pergi kerja.

“Ermm.. Tolong start enjin kereta. Kunci ada di depan. Tolong ye,Intan,”kata Mak Long yang mukanya terlindung di balik akhbar ‘Harian Metro’. Aku terus keluar bila dengar bunyi tapak kaki menuruni tangga.

“Eh Intan nak ke mana?”kedengaran suara orang yang ingin aku elak itu.

“Aa.. Tak ke mana la. Nak duduk di luar je,”kataku sambil memaniskan muka. Meluatnya aku…

“Ohh.. Ingatkan nak elak dari jumpa dengan saya,”kata Amirul sambil memandangku curiga.


‘Macam la saya tak tahu awak nak lari dari saya. Awak tak boleh lari dari saya selamanya,Intan.’

“Taklah,tak nak terserempak dengan awak je. Pergilah sarapan kesian Mak Long tunggu awak dari tadi,”kataku sambil berlalu keluar ke luar sebelum mamat tu sempat cakap apa-apa. Nak mampus? Tak pasal-pasal kena marah nanti.

Apasal dengan minah ni? Tak pasal-pasal nak sindir aku pulak. Buang tabiat ke apa. Lantak lah aku dah lapar ni.

“Mak Long boleh cepat sikit tak? Intan dah lambat la,”kataku kepada Mak Long yang masih membaca surat khabar.

“Kenapa,dah pukul berapa ni?”tanya Mak Long seolah-olah lupa akan waktu. Selepas tengok jam dia,terus dia minta maaf dari aku dan Amirul.

Bergegas Amirul dan Mak Long memakai kasut. Amirul masih tidak menghabiskan sarapannya. dia masih mengigit sekeping roti ketikan memzkai kasut.

“Tulah mama. Amirul dah kata yang kita dah lambat,mama kata awal lagi. Tengok kesian Intan risau kat budak yang baru masuk hari ni,”kata Amirul dalam perjalanan ke sekolah. Macam mana dia tahu ada budak baru hari ni? Dia ni nujum ke?

“Maaflah Intan,Mak Long terlupa,”kata Mak Long yang sedang memandu.

“Tak apa. Mak Long baca berita apa yang kusyuk sangat tu?”kataku cuba beramah mesra dengan Mak Long.

“Tak ada cerita apa,cuma murid kena rotan dengan cikgu 20 kali. Kesian budak tu,”Mm.. yang tu je yang kusyuk sangat.

“Mesti budak tu yang salah. Sekarang ni murid-murid makin tak hormat orang tua,tu yang cikgu tu marah sangat tu. Kita ni manusia biasa je kan? Kesabaran kita ada hadnya,”kataku sambil mengerling Amirul yang nampak terasa. Ambik kau,siapa makan cili,dialah yang rasa pedasnya.

“Awak saja nak sindir saya masa dalam kereta tadi kan?”katanya sebaik turun dari kereta. Marah benar nampak.

“Mana ada. Tapi kalau terasa ambiklah,saya bagi percuma,”kataku sambil memandangnya sinis.

“Intan.. Awak ni kan nakal betul la,”katanya sambil mencubit pipiku.

“Apa ni..??”kataku sambil memandangnya marah.

So sorry. awak comel sangat sampai tak tahan dibuatnya. Lagipun pipi awak lembut la,”katanya sambil memandangku nakal.

“Ergh.. Apalah,kan betul apa yang saya cakap pada mama awak. Remaja sekarang ni makin kurang ajar. Kecuali saya yang baik dan sopan,”kataku yang menunjukkan wajah ayu.

“Eleh.. Perasan la tu. Macamlah ayu sangat,”katanya sambil membuka pintu grill untukku. Hem… Gentleman jugak ye dia ni.

“Dah la tu. Awak nak ikut saya sampai mana ni?”kataku apabila hampir sampai ke pusat sumber.

“Sampai library la,sampai mana lagi?”katanya sambil memandangku pelik.

“Awak tak bertugas ke hari ni? Ingat sikit awak tu pengawas,jadi contoh untuk pelajar bukannya jadi contoh pelajar nakal,”kataku berniat menasihatinya.

“Alah.. Takkan mereka tak pandai beza perangai buruk dan perangai yang baik. Lagipun bukan saya yang nak jadi pengawas ni,cikgu yang tawarkan. Siap suruh jadi ketua pengawas lagi,”katanya sambil tersengih memandangku.

“Ha??!! Orang macam awak jadi ketua pengawas? Hancurlah sekolah. Tak boleh jadi ni,saya kena mengadu kat cikgu suruh pilih calon lain,”kataku siap dengan gaya lagi.

Aduhai Intan.. Kalau ya pun awak tak suka saya,janganlah sampai buat gaya macam tu.. Tapi awak memang comel. Gayanya tadi membuatku tersenyum. Control la sikit,takkan nak ketawa terbahak-bahak tak macho la.

“Ni kenapa tersenyum-senyum ni?”kataku yang hairan melihat dia tersenyum.

“Tak ada apa-apa. Saja nak senyum kenapa tak boleh ke?”Nasib baik tak melatah. Kalau tak malu giler.

“Tak salah cuma awak senyum macam orang gila. Takut nanti peminat awak kata awak gila,”kataku lalu menunjuk ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berbisik sesama sendiri.

“Pergilah bertugas. Nanti apa kata orang,awak ni pemalas tapi cikgu ambil awak jadi calon ketua pengawas. Lagipun saya tak nak dikaitkan dengan awak. Tak pasal-pasal nanti kena serang dengan peminat awak,”kataku sambil memandang dengan risau pada kumpulan pelajar perempuan tadi.

Yalah tak pasal-pasal kena serang mati aku. Padahal aku tak ada kena mengena dengan Amirul pun. Menakutkan aku tengok budak perempuan tu. Dah la tingkatan lima,tapi minat dekat Amirul. Tak ada orang lain ke,weh?

“Apa nak dirisaukan. Mereka tu bukannya kekasih saya macam awak. Jangan risaulah,tak ada apa-apa akan terjadi pada awak sekiranya awak bersama-sama dengan saya. They will not harm you if you with me,

“Saya tahulah tu.. What??!! Your lover? Sejak bila saya jadi kekasih awak. Saya tak ingin lansung lah,”kataku lantas meninggalkannya.

“Intan.. Intan..”suaranya yang memanggilku dari belakang tak aku hiraukan.

“Awak ni kenapa Amirul saya nak bertugaslah..!!”

Kataku yang rimas bila dia sering mengekori aku. Aku susun buku pun dia nak ikut. Kalau aku duduk di kaunter dia duduk di meja hadapan kaunter. Naik rimas aku dengan dia ni,dah la tak bertugas.

“Saya tak akan pergi selagi awak tak maafkan saya. Please wak.. Maafkan saya awak,”katanya seakan -akan merayu.

“Yalah.. Saya maafkan. Sekarang pergi buat kerja,jangan kacau saya lagi,”kataku yang memang dah biasa dengan rayuan begitu dari Edry.

“Tak nak lah. Nak tengok awak buat kerja,”katanya ambil memandangku nakal.

“Dah.. Dah,pergi jaga pagar nanti,kalau awak tak dapat jadi kalau pengawas saya tak nak jumpa awak lagi,”kataku separuh mengugutnya. Apabila melihatnya masih degil kau menolaknya keluar dari pusat sumber.

“Yalah.. Yalah,bye. Jumpa rehat nanti tau,”katanya sambil mencium pipiku. Terus dia belah lepas tu.

Terbeliak mata Intan masa aku cium dia tadi. Kan aku dah kata aku akan berjaya pikat dia. Ni Amirul Asyraff la. Lelaki sejati.

Friday, July 24, 2009

K!sah K!ta (7)

Part 7
 
“Mama kena pergi outstation lagi la Intan. Kali ni mama kena bawa Mama Zu sekali untuk periksa kesihatan dia di sana nanti. Jadi mama ingat nak hantar Intan dan adik-adik ke rumah Mak Long,”

Aku faham mama selalu kena pergi outstasion tapi kenapa kali ni kena bawak Mama Zu sekali? Dah tu kena hantar kat rumah Amirul pulak.

Tak ada tempat lain ke, hantar la ke rumah Mak Ngah ke. Rumah Pak Lang ke? Kenapa mesti rumah Amirul? Arghh… tension…tension…

“Rumah Mak Long? Tak ada rumah orang lain ke,rumah Pak Lang ke. Mak Ngah ke?”tanpa disedari terkeluar persoalan yang bermain di fikiranku. Mampuslah aku… mama mesti marah.

“Kenapa dengan rumah Mak Long?”tanya mama.

“Tak ada apa cuma segan dengan Abang Amirul. Yelah bukannya ada budak perempuan lain kat situ. Intan seorang je. Intan nak kawan dengan siapa?”dalihku.

“Adalah jiran perempuan kat situ. Bukannya satu taman lelaki. Intan duduk rumah Mak Long ye,”pujuk mama. Kesian pulak mama. Penat-penat mama pujuk Mama Zu ikut aku pulak tak bagi.

“Yalah tapi mama kena minta kebenaran bawa Dinas balik tiap-tiap minggu,”kataku memberikan syarat.

“Okey,no problem…”mama kelihatan gembira.

“Mama nak ke sekolah Dinas untuk bagitau pengetua pasal ni,.”kata mama merujuk kepada Pak Ngah yang menguruskan MRSM Kuala Lumpur.

“Cepatnya bila bertolak?”kataku yang terkejut dengan berita itu.

“Lusa… Sorry lambat bagitau. Mama pun baru dapat tau hari ni dari papa,”mama beritahuku sebelum masuk ke dalam kereta.

“Tolong masak Intan mama tak sempatlah,”laung mama dari dalam kereta.

“Yalah… yalah…”jawabku separuh merunggut.

Mama Zu nak ikut mama ke London? Maknanya Mama Zu dah setuju nak terima rawatan… Alhamdullilah,syukur ke hadrat Ilahi…

Kenapa mama nak pergi cepat sangat. Dah tu Dinas tak boleh balik sebab ada sukan apa ntah. Maknanya aku kena menghadap muka Amirul je la sepanjang cuti ni.
Pak Ngah pun satu,minggu ni jugak nak buat macam macam. Buat la lepas mama balik. Erghh.. Geramnya Edry pun bukan boleh bawa berbual. Ajak bergaduh boleh sangatlah.

“Ed nak makan apa hari?”kataku sebaik Edry masuk ke dalam rumah dan duduk di atas kusyen. Selalunya dia akan mandi dulu baru turun makan.

“Ed nak makan Fish ‘N’ Chip boleh tak,Kak Intan?”tanya Edry sambil memandangku penuh harap. Kesian la pulak kat dia. Ikan dan serbuk roti dah habis kena keluar beli la ni. Nasib baik mama naik kereta papa.

“Boleh tapi lambat siap sebab kakak nak pergi beli bahannya. Ed nak ikut,kalau nak pergi mandi kemudian tukar baju. Kakak tunggu kat luar ye,”kataku lantas naik untuk ambil telefon bimbitku dan beg tangan.

“Cepatlah kakak,Edry dah sabar nak makan Fish ‘N’ Chip ni."

“Yalah. Kakak nak kunci pintu ni,”kataku yang terkial-kial kunci pintu. Ishh… kenapa ketat sangat ni. Ha,boleh pun.

K!sah K!ta (6)

Part 6

‘Mana Dania ni,selalu lambat. Ingat aku ni orang gaji dia ke.’ kataku di dalam hati. Aku sedang tunggu Dania kawan baikku di pintu pagar sekolah. Dok pacak macam ‘pak guard’ dah. Aku tinggal jugak dia ni. Biar terkebil-kebil kat depan pagar tu.

“Hai sepupuku Intan Edriyana,”tersentak aku mendengar suara seorang lelaki di belakangku. Dekat pulak tu.

“Astgrafirullahhalazim…” terkejut aku bila aku menoleh aku melihat ada…… hantu… ya hantu ataupun manusia bertopengkan hantu. Bila dia bukak topeng dia sambil ketawa aku terus berpaling ke depan.

“Aik? Sombong balik. Hai Intan takkan lah sombong sangat. Ni Amirul la, abang sepupu awak. Awak patut hormat saya tau,”tak habis-habis nak kacau aku Mat Bangla ni.
Tak ada kerja lain ke? Pergilah mengurat perempuan macam yng dia suka buat. Yang dok kacau aku tu kenapa?

“Memang saya patut hormat awak. Tapi kalau dah perangai macam setan baik tak payah hormat,”

‘Amboi garangnya dia,ni yang buat aku suka ni. Tapi macam mana aku nak takcle dia? Aku kena cari maklumat pasal dia ni.’ Kataku dalam hati sebaik dengar kata-katanya itu.

“Intan.. Maaf lambat aku pergi hantar adik aku dulu,”kata Dania tergesa-gesa menuju ke arah aku sambil memandang kehairanan pada Amirul Asyraf. Nasib baik Dania sampai dah aku ingat nak masuk dah ni.

“Bye Amirul. Atau Mamat…” sengaja aku tak menghabiskan ayatku. Siap dengan senyuman paling manis buat Amirul. Biar dia fikir sendiri apa tanggapan aku kat dia. Termangu-mangu Amirul kat situ.

Mamat? Mamat apa? Mamat Hensem ke? Bagus la kalau dia rasa aku hensem,maknanya langkah pertamaku berjaya. Kita teruskan dengan langkah kedua.

“Siapa tu Intan? Pakwe kau ke. Amboi kau tak bagitau aku pun kau ada pakwe,” Dania masih pandang Amirul.

Aku terus menariknya jauh dari pandangan Amirul,barulah aku memulakan cerita. Dania ketawa ketika mendengar ceritaku,tambah-tambah lagi bila mendengar nama panggilan yang aku berikan kepada Amirul. Sampai terbatuk.

“Kelakar sangat ke?”tanyaku sambil mengerutkan dahi menandakan aku tak faham dengan sikap Dania.

“Yalah ada ke patut kau panggil dia Mamat Bangla. Orang punya hensem kau panggil dia Mamat Bangla. Kau tahu tak muka dia tu macam Tom Cruise. Rugi gila kalau aku dah lama aku terima je,”katanya diselangi ketawa yang tak sudah-sudah.

“Dah la tu aku nak kena ke kelas ni,kau tu pun kena bukak library kan? Nanti kesian adik-adik kau jadi pengemis jalanan la pulak,”kataku merujuk kepada perpustakawan yang lebih junior dari kami.

“Alamak aku lupa la. Nasib baik kau ingatkan aku Intan. Thanks sayang kau,”selepas mencium aku,dia bergegas menuju ke pusat sumber.

Aku terus menuju ke pusat sumber apabila waktu rehat. Dah jadi kebiasaanku waktu rehat tidak turun ke kantin. Amirul pula macam tau-tau je aku suka ke pusat sumber,kerana bila aku masuk je aku nampak muka dia kat depan kaunter. Tengah ngurat perempuan tengah jaga pusat sumber la apa lagi,yelah budak tu comel gila sampai aku rasa macam nak buuat adik angkat je. Tapi dah ramai sangat adik angkat aku sampai limit dah. Budak tu jadi adik angkat Dania la.

Sebab dia tu apa yang aku berkenan dia tak berkenan tapi kalau dah comel sangat kami akan berebut,lepas tu tanya budak tu dia nak siapa jadi kakak angkat dia. Kami memang kenakan had untuk kami dua orang. Boleh ada maximum 20 orang je,tak kira la lelaki atau perempuan. Selalunya adik angkat aku lelaki banyak sebab diorang yang minta nak jadi adik angkat aku. Aku pun pilih jugak yang paling hensem atau comel,kalau muka macam cekodok basi aku tak ambil. Maunya dia kata aku girlfriend dia tak ke payah?

“Hai,Intan. Nak baca buku ke?”kata-katanya mematikan lamunanku. Kenapalah dia ni suka kacau aku sangat?

“Taklah nak main bola,”balasku tanpa memandang ke arahnya. Aku terus ke rak buku yang mempunyai novel.

Tercari-cari novel penulis kegemaranku Aisya Sofea. Aku terdengar suara Amirul ketawa setelah aku sampai ke rak buku. Lembab betul la dia ni,macam mana boleh masuk kelas 4 Pintar ni? Pelik-pelik…

“Oh… Kenakan saya ye,”katanya sambil menuju ke arahku. Tersengih-sengih macam kerang busuk pulak.

Aku diam sambil mencari buku yang ingin aku pinjam.

“Awak cari buku ni ke? Nah saya bagi awak pinjam dulu,”katanya sambil menunjukkan buku penulis kegemaranku Aisya Sofea.

“Dah lama saya cari buku ni. Terima kasih,”kataku girang sambil mengambil buku ‘Selagi Ada Dia’ dari tangan Amirul.

“Kan manis kalau awak selalu senyum macam ni. Ni tak,tak habis-habis moody je,”

“Kalau awak tak kacau saya,saya tak moody je. Tapi dah awak ni tak faham bahasa, sebab tu lah saya tak ada mood nak cakap dengan awak,”kataku sambil tersenyum ke arahnya. Senyuman paling manis untuknya.

Comelnya dia kalau senyum ada lesung pipi pulak tu. Lama-lama boleh jatuh cinta ni. Padahal aku hanya nak main-mainkan dia je.

“Saya bukan nak kacau awak. Cuma nak berkenalan dengan awak je,tapi awak sombong sangat,”entah macam mana aku tak marah kat dia pulak hari ni. Mungkin sebab dia bagi aku pinjam dulu buku ‘Selagi Ada Dia’ dekat aku dulu kot. Tak boleh jadi ni,buat pasal aku jatuh cinta kat playboy sekolah tak ke naya.

“Saya sombong ada sebabnya. Lagipun kalau awak buat perangai macam ni kan senang,boleh la jugak saya anggap awak ni abang sepupu saya. Ni tak perangai ntah apa ntah. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak Amirul or Mamat Bangla…”kataku sambil meleretkan senyuman dan menuju ke kaunter untuk meminjam buku yamg aku dapat dari Amirul. Temangu-mangu dia kat situ.

K!sah K!ta (5)

Part 5
  
“Pukul berapa Pak Long datang ma?” tanyaku pada mama yang sedang mengoreng ayam yang kuperap semalam.

“Entahlah,Kak Zu boleh tolong potong sayur tak? Yang tu bagi Intan je,”mama menegur Mama Zu yang mencuba untuk meangkat kuali untuk menggoreng Udang Mentega kesukaan papa.

“Alah tak ada apa-apa la kakak pun dah lama tak masak,”Mama Zu ni degil la.

Pak Long ialah abang kepada papa. Pak Long baru pulang dari U.K,hari ni baru nak melawat sebab banyak kerja. Dengar kata ada dua orang anak. Dua-dua lelaki. Seorang tua setahun dari aku seorang lagi belajar dekat luar negara. Beza umur dengan aku dekat tujuh tahun.

“Assalamualaikum,”kedengaran suara orang memberi salam dari luar pagar. Agaknya Pak Long dah sampai,aku terus masuk ke dalam bilik untuk tukar baju. Awal-awal lagi dah sedia.

“Waalaikumussalamwarahmatullah… Bang Long,tunggu apa lagi kat pagar tu masuklah,”kedengaran suara mama.

“Ni tengah tunggu Kak Long kamu ni. Apa la yang dibuatnya dari tadi tak keluar-keluar lagi. Ni Amirul Asyraff,anak bongsu abang,Man ke mana?” Rupa Pak Long macam orang surau.

“Abang Man kerja bang,kejap saya pergi panggil Kak Zu,”kata mama tapi aku dah bawa turun Mama Zu.

“Intan ni tahu-tahu je mama nak pergi ambil Mama Zu. Intan tengok Edry kejap,apalah yang di buat Dinas kali ni. Suka sangat usik Edry,”kedengaran suara Edry menangis di atas. Aku hanya naik ke atas setelah salam dengan Pak Long dan Mak Long.

Terkejut beruk aku tengok mamat yang kacau aku kat sekolah tadi ada kat sebelah Pak Long. Bukan beruk je gorilla pun kalah tau!

‘Nasib baik tak terganga tadi kalau tak malu aku.’ Lantas aku naik ke atas untuk melihat Edry dan Dinas.

Apalah yang dibuat Dinas kali ni. Suka sangat usik Edry. Walaupun dah berusia 11 tahun Edry akan menangis jika diusik oleh Dinas. Tetapi inilah yang mengeratkan hubungan antara kami semua.

“Kenapa ni,Ed? Kak Dinas kacau lagi ke? Kak Dinas nak kena ni,”kataku sambil berpura-pura mencubit Dinas.

“Aduh..!! Kakak ni,sakit tau tak?”Dinas pulak pura-pura merajuk. Pening kepala aku dengan budak dua orang ni.

“Dah.. Dah,jom turun Pak Long dengan Mak Long dah sampai,”kataku lalu mendukung Edry,disebabkan Edry lahir tak cukup bulan badannya kecil seperti budak berumur tujuh tahun.

Sewaktu aku turun papa dah balik dari kerja. Dia sedang berbual dengan Pak Long dan Mat Bangla,aku tak ingat la apa nama Mat Bangla tu. Edry terus mendapatkan papa yang duduk di sofa.

Aku dan Dinas terus menyalami papa. Dinas yang tidak berjumpa dengan Pak Long tadi menyalami Pak Long lalu duduk di sebelah papa. Aku baru nak ke dapur dengan Dinas tapi dia duduk di sebelah papa pulak.

“Papa,Intan ke dapur dulu ye. Jom Dinas,”geram betul la aku dengan perangai Dinas ni. Ada ke duduk menyibuk menyembang dengan orang tua-tua. Tak ada adab langsung.

“Oh,okey. Tu anak sulung Man dengan Lin. Yang lagi yang lagi dua ni anak dengan Zu. Yang sulung nama Intan Edriyana Natasha umur baru 15 tahun. Kedua Intan Edrinas Natalia,14,yang bongsu Ahmad Shahrul Edryan. Umur Edry dah berapa tahun?”papa tanya pada Edry yang sedang buat kerja sekolah.

“11 tahun la. Papa ni pelupa la,”Edry yang memang petah bercakap memarahi papa.

“Amboi pandainya dia. Sekolah dekat mana?”tanya Pak Long pula.

“Sekolah Kebangsaan Kuala Lumpur. Papa Ed lapar la,”kata Edry dan kebetulan mama dah siap masak.

“Ed lapar ye? Jemput makan Bang Long,Amirul. Kak Long dah tunggu dekat meja makan,”mama jemput Pak Long dan Mamat Bangla yang bernama Amirul tu makan.

K!sah K!ta (4)



Part 4

 
“Hai Intan. Ingat saya lagi?” Mat Bangla ni lagi. Pak Mat ni pun lambat la pulak.

“Awak ni sombong la,saya cuma nak berkawan dengan awak,”sambungnya lagi setelah aku tak menjawab.

“Saudara,boleh tak kalau tak kacau saya? Saya rimas tau tak?”Akhirnya aku bersuara jugak kerana tak tahan dengar celotehnya yang tak satu pun aku dengar.

“Kan masa rehat tadi saya dah cakap nama saya Amirul Asyraff dari kelas 4 Pintar. Awak tak dengar,eh? Buat penat saya cakap je. Membazir air liur je,lagipun saya tak berniat nak kacau awak,saya hanya nak awak jadi girlfriend saya,”jelasnya panjang lebar.

“Saya peduli apa nama awak apa pun. Yang saya tahu,saya dah cakap dekat awak yang saya tak berminat kan?” Kalau diikutkan hati aku ni dah lama aku penampar Mat Bangla ni.

“Amboi garangnya. Saya ikhlas nak buat awak jadi makwe saya,”mamat yang memperkenalkan dirinya sebagai Amirul Asyraff itu memang hensem. Tapi kalau takat hensem je tak jamin bahagia kan?

Aku pun dah buat keputusan untuk belajar baru bercinta. Kalau dia sanggup tunggu tak apa la.

Hmm… Amirul Asyraff macam pernah dengar je nama tu tapi kat mana ek? Ha… Playboy

sekolah yang baru pindah bulan lepas. Sah-sah la aku tak nak.

“Saudara,apa nama tadi?Amirul kan,saya tak berminat dengan playboy sekolah. Lagipun saya tak nak bercinta selagi tak habis belajar. So,jangan kacau saya lagi. Ah.. Pemandu saya dah sampai,jadi jumpa lagi. Atau tak,”kataku sambil melambai tangan ke arahnya.

Heh.. Berlagak ya. Tengok la kau. Kau mesti tergila-gilakan aku macam pelajar lain jugak.

K!sah K!ta (2)



Part 2


Kedengaran suara papa memberi salam. Amboi papa ni balik tepat-tepat waktu makan. Aku terus ke pintu menyambut papa dan mama yang sedang membimbing beg yang aku yakin dipenuhi hadiah untuk aku dan adik-adik.

“Ed,mama dengan papa dah sampai,”kataku sebaik masuk ke dalam rumah.

“Aaah?”Edry macam baru bangun tidur. Mama dan papa turut menjenguk sebaik dengar aku ketawa. Edry yang mendengar orang ketawa serta merta bangun.
Dia bagai bermimpi melihat mama dan papa di depannya. Setelah mama memanggil namanya, dia seolah-olah baru sedar dari mimpi lalu memeluk mama dan papa.

“Intan siap masak tak lagi?” Tanya mama apabila melihatku leka berbual dengan mereka.

“Dah ma. Tunggu Mama Zu je,”terangku.

“Kalau macam tu panggil la Mama Zu makan sekali,”papa yang sedang berbual dengan Edry menyampuk.

“Baiklah,”kataku seraya naik ke atas menuju ke bilik Mama Zu.

“Mama,jom makan. Papa dah balik,”aku lihat mama sedang menulis. apa yang ditulisnya aku tak pasti.

“Papa lapar dah ye. Tolong mama turun,”aku pantas bantu mama yang cuba naik ke atas kerusi rodanya.

“Papa dengan mama tunggu dulu ye. Intan nak pergi ambil Dinas dekat sekolah dia,”kataku
hampir terlupa akan Dinas.

“Pak Mat… “mana pergi pemandu papa ni.

“Ya,cik nak ke mana?”

“Ke sekolah Dinas. Cepat sikit,”kataku lantas masuk ke dalam kereta.
Dinas sedang menunggu di hadapan sekolahnya dengan muka masam apabila melihatku. Alamak dia marah dah la.

“Kakak ni lambat betul la. Dah berjam jam Dinas tunggu tau,”rungut Dinas sebaik masuk ke dalam kereta

Sorry. kakak terhilang ingatan kejap,”pujukku.

K!sah K!ta (1)

Part 1

“Intan…Mari sini,”kedengaran suara Mama Zu dari atas.

“Ya ma,”aku pantas menaiki tangga menuju ke bilik Mama Zu.
Agaknya dia lapar la kot.Lantak la jangan makan aku sudah. Tapi aku tak masak lagi,macam mana ni?

“Ada apa mama? Mama lapar ke,Intan tak masak lagi,”kataku sebaik masuk ke dalam bilik yang tak asing lagi bagiku.

“Apa kau ingat aku tau makan saja ke?’’Amboi dia ingat aku reti makan je ke. Asal panggil je dia kata aku nak makan.

“Bukan macam tu ma,sebab tadi ma tak makan jadi Intan ingat ma lapar. Maafkan Intan ma,”kataku membetulkan kesilapanku.

“Tak apa. Mama just nak tanya papa dengan mama kau bila nak balik?”

“Kata papa tengahari ni tak tahu la pukul berapa. Nanti balik la,”terangku. Ni mesti rindu papa ni,yelah hampir sebulan tak jumpa.

Walaupun mamaku isteri kedua,Mama Zu tak pernah membeza-bezakan kami. Aku anak tunggal mama dengan papa. Mama Zu mengandung selepas setahun aku dilahirkan. Waktu itu aku baru berumur satu tahun. Setelah tiga tahun aku dapat adik lagi,tapi adikku dilahirkan tak cukup bulan kerana masa Mama Zu mengandungkan adik bongsuku,mama terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kaki mama lumpuh.

Sekarang sudah hampir sebelas tahun mama tak dapat berjalan. Papa sering memujuk mama mejalankan pembedahan untuk membolehkan mama berjalan semula. Namun mama tetap mama.

“Emm… Tolong buatkan mama Nasi Ayam. Dah lama mama tak makan Nasi Ayam. Intan buat pedas sikit untuk mama ye,”memang mama lapar pun tadi mama sibuk ajar Edry,adik bongsuku,Sharul Edryan.

“Mama nak ayam rebus ke bakar?”tanyaku. Kerana selalunya mama makan nasi lauk je.

“Intan larat nak buat dua-dua tak? Sebab mama dengan papa Intan suka makan yang bakar,mama suka rebus,”

Oh… rupa-rupanya mama nak makan dengan papa. Lagipun hari ni Dinas balik. Dinas belajar di
MRSM Kuala Lumpur. Dinas atau nama sebenarnya,Intan Edrinas Natasya,merupakan adik yang paling rapat denganku. Maklumlah sama-sama perempuan. Aku pernah mendapat tawaran belajar di sana tapi bila mengenangkan Mama Zu yang sakit aku menolak tawaran itu,walaupun Mama Zu halang. Bagiku,aku boleh cuba minta lagi lepas PMR.

“Baiklah mama,”kataku lalu keluar dari bilik Mama Zu.

K!sah K!ta(ringkasan)

K!sah K!ta....
 
INTAN EDRIYANA NATASHA. Bagi Intan,nama Amirul Asyraff tiada lagi dalam kamus hidupnya.Namun kembalinya lelaki itu untuk menagih kasih darinya amat memeranjatkan.Dalam kebencian dia tidak sedar api cinta yang dah lama terpadam menyala kembali untuk lelaki bernama Amirul Asyraff.

AMIRUL ASYRAFF. Pada mulanya niatnya hanya ingin memainkan perasaan gadis yang bernama Intan Edriyana Natasha. Namun dia tidak menyedari yang dia mulai jatuh cinta pada gadis itu.Saat Intan menyedari niat sebenar Amirul,dia mulai membenci lelaki itu. Masihkah ada ruang untuk Amirul di hati Intan?

SOFFEA DANIA. Pertama kali melihat Amirul hatinya sudah tertarik walaupun dia menyedari bahawa Amirul mencintai sahabat baiknya,Intan.Pada mulanya dia tak dapat menerima hakikat yang Amirul mencintai Intan.Bertahun-tahun dia cuba menambat hati Amirul,namun hati Amirul tetap dengan Intan.
Amirul Asyraff…Nama yang cukup indah buat Intan...Namun disebabkan lelaki itu jugalah dia makin menderita,pabila menyedari niat sebenar Amirul mendekatinya,hati Intan hancur.

“Kenapa awak buat saya macam ni,Amirul? Kenapa??? Kalau awak hanya nak memainkan saya,perlukah awak tanam cinta awak dalam diri saya? Saya tak sangka perangai awak macam ni. Saya tak nak jumpa awak lagi Amirul.Jangan cari saya."Akhirnya kata perpisahan ini yang membuat Amirul menderita.

Thursday, July 23, 2009

Kau dan aku 2



Part Two.

Hari pertama di sekolah selepas cuti panjang. Natalia dan Abang Emirr dah kapel pun. Kan aku dah cakap diaorang mesti kapel jugak punya. Ke ada ke aku gitau korang suma?

“Emillia…!!!”suara jeritan Natalia bagai aku berada sebatu jauh darinya. Padahal sedepa aje. Mau pekak telinga aku lama-lama gini.

“Pehal bakal kakak iparku ooi…!!!”balasku dengan menjerit di telinganya.

“Ooh… balas dendam eh?”katanya sambil mencubitku.

“Adooi.. Apalah nasibku kalau dapat kakak ipar macam ni? Seksanya… wahai abangku kenapalah kau pilih pompuan ni jadi kekasih hati. Tak kesiankah dikau pada adikmu yang akan menanggung azabnya? Apa salahku diseksa begini…”kataku. Siap menyanyi lagi. Natalia yang memandang terbeliak biji mata kalau boleh mau tersembul bijik matanya yang cantik tu. Kaler biru kehijaun.

Cun giler si Natalia ni,anak kacukanlah katakan. Aku pelik betullah dengan Syafiq tu. Mentang-mentanglah muka dia dah macam Bi Rain,ingat senang nak cari awek cun macam Natalia ni? Padan muka,abang aku dah kebas dia.

“Amboi..aku ni teruk sangat ke?”katanya sambil memandangku dari atas ke bawah.

“Aku taulah aku ni cantik,tak payahlah tengok aku macam nak tersembul biji mata. Kau ni kekadang kan…”aku sengaja tak menghabiskan ayatku. Biar dia tertanya-tanya,

“Kau ni nak cakap,cakalah betul-betul. Ni aku buat aku tertanya-tanya boleh.”

“Payahlah nak describe perangai kau ni. Nak kata kejam tak sangat,nak kata baik lagilah tak. Ntahlah sederhana je kot.”kataku memuji bakal kakak iparku itu. Tak pasal dia citer dengan Abang Emirr maunya aku kena karate.

Kringg… loceng berbunyi menandakan waktu untuk perhimpunan rasmi sekolah.

“Haih… pagi-pagi dah kena jemur. Kecian kat aku yang putih melepak ni. Tak pasal-pasal hitam kang.” rungut Natalia yang berjalan seiring denganku menuju ke tapak perhimpunan.

“Kau tau tak abang aku suka berjemur pagi-pagi macam ni. Matahari pagi tu kan baik untuk kulit.”kataku meminjam kata-kata abang ketika aku merungut sewaktu menemankannnya berjemur.

“Ya ke Abang suka berjemur pagi-pagi. Tak cakap kat Lia pun.”Natalia umpama bercakap seorang diri.

“Woi.. Berangan ke?”kata-kataku mencantas lamunan Natalia.

“Diam!!! Jangan bersembang.”kedengaran suara pengawas menegur kami. Alamak sidang dah bersurailah pulak. Tak boleh nak usik bakal kakak ipar aku lagi.

“Saya ingin ucapkan selamat kembali selepas cuti persekolahan. Hari ini,seorang pelajar baru akan menyertai kita. Namanya Faez Hakimi. Saya ingin semua pelajar memberikan layanan yang baik tehadap Faez. Jemput naik Faez.”

Whoa,hensem jugak mamat ni. Tapi macam berlagak aje. Meluat aku nengoknya. Natalia yang berada disebelahku menyiku aku sambil mengangkat-angkat kening. Gatalnya dia ni.

“Aku bagitau abang padan muka kau.”aku ni bab mengadu nombor satu. Jangan nak katalah manjanya,yelah anak bongsulah katakan.

“Kau bagitau Abang Emirr aku bebetul buat kau terseksa time kami nikah.”ugutnya pulak.

“Alamak!!! Dah tunjuk perangai kejamnya… wargh… mama tolong Millia…!!! Jangan bagi abang kapel dengan witch ni,nanti Millia kena buli. Waaa,mama kasihanilah anakmu yang bakal terseksa ni.”aku buat tak tau aje bila Natalia mula memandang aku.

“Macam nak makan aku aje kau ni. Aku ni bukannya sedap macam Abang Emirr,kalau kau nak tau abang tu kan… fulamak… sedap whoa,lemak berkrim,cukup santan,masin semua cukuplah. Kalau tak percaya trylah.”hampir terlupa aku yang kami masih berada di tapak perhimpunan. Sampailah pengawas menjeling aku semacam. Aku mengangkat tangan memohon maaf.

Relaxlah dik. Akak main-main aje. Tak buat bising dah”kataku kepada pengawas tingkatan lima itu. Dia hanya menjeling kemudian pandang ke arah lain. Nampak sangat kau nak gelak,adik ooi.

“Saya harap kamu semua… bla…bla…bla…”apalah yang Cik Mail(nama pnuh pengetua ialah Ismail Osman tu yg dpt nama Cik Mail tu) merepek dari tadi ni. Satu apa pun aku tak paham.

‘Faez Hakimi… Hensem gak,mesti banyak peminat nanti. Agak-agaknya dia masuk kelas apa ek? Yang pasti dia dalam Form 6 macam aku. Jangan masuk kelas aku dah lah. Dah la minah-minah dalam kelas tu cukup gedik dah(except me and a few gurl). Gerenti makin gedik jadinya. Argh… meluatnya,janganlah dia masuk kelas aku.’

Tanpa kusedari time aku dok membebel tak tau hala perhimpunan dah pun tamat. Alhamdullilah… habis gak. Aku memandang Natalia yang asyik membaca. Hai… kalau bab baca novel tu nombor satu sampai tak sedar perhimpunan dah tamat.

“Assalamualaikum,Cikgu Nadiah.”kataku sengaja menguatkan suara ketika dia lalu di sebelahku. ApalAgi niatku kalau bukan untuk mengusik Natalia. Natalia yang mendengar aku memberi salam turut mengikut walaupun dia tak sedar yang Cikgu Nadiah dah sebatu jauhnya, aku terkekeh ketawa melihatnya.

“Tulah baca novel lagi masa ada perhimpunan. Nasib baik kita duduk kat belakang sikit. Kalau tak,best woo… kau jadi ikon minggu ni.”kataku sambil ketawa. Natalia yang pada mulanya tak faham apa aku cakap akhirnya ketawa jugak bila faham apa maksudku.

“Banyaklah kau. Tak mau aku jadi ikon minggu ni,nanti gerenti kau cerita kat Abang Emirr. Malu gilerlah aku,”katanya sambil menggalas beg.

“Dah,jom.”kataku sambil menuju ke arah tangga. Disebabkan ramai orang kami terpaksa tunggu sehingga orang yang berpusu-pusu ingin naik ke kelas bersurai. Malas nak join sekaki. Rimas ngan orang yang berhimpit-himpit nak naik. Takkan lari gunung dikejar. Macam kambing nak masuk kandang dah aku tengok.

“Novel apa yang ko baca sampai kusyuk sangat tu?”tanyaku apabila Natalia menyambung bacaan yang tergendala tadi.

“Emm… Takdir Cinta,napa kau nak pinjam?”tanyanya sambil menghuurkan novel yang dibacanya kepadaku. Aku hanya membelek kulitnya sahaja. Malaslah nak baca.(semua malas apa yg rjinnya?) Aku bukannya minat sangat novel cinta ni.(yg aku dok mnulis ni bkn novel cinta ke?) Baca komik cinta sukalah.

“Best ke? Aku tanya kau semuanya best ye tak?”kataku mengusiknya.

“Memanglah aku ni tau nak beli novel apa yang best. Bukan macam kau. Just take whatever you think best. What a waste.”mentang-mentanglah anak kacukan nak berlagak pulak.

“Aku taulah papa kau orang putih. Tak payahlah nak speaking ngan aku pulak. Kau ingat kau aje bagus dalam English? Aku akan buktikan aku anak jati Malaysia. Aku akan dapat mengatasi kau dalam subjek English nanti. Tunggulah,”kataku sambil mengenggam tanganku seolah-olah berazam. Natalia yang sedang memandangku ketawa terkekeh-kekeh.

“Apa..!! Kau ingat aku tak boleh buktikan ke?”kataku memandangnya dengan mata yang terbeliak. Kepakaranku.(muka garang kalo bt mcm tu)

“Bukan macam tu,just kau ni kalau nak cakap tu jangan buat gaya sekali. Nak tergelaklah,patutlah Abang Emirr cakap kau ni kekadang over sangat.” katanya sambil tergelak-gelak.

“Abang cakap gitu? Nak kena ni… buat mogok baru dia tau,jaga dia balik nanti. Nak mogok apa ek? Minggu lepas dah buat mogok suara,nak buat mogok pulak? Hah… buat mogok…”hampir terlupa aku pada Natalia yang berada di sebelahku. Nasib baik ‘dan’ stop,kalau tidak gerenti sampai rahsia aku dekat abang.

“Apa tengok-tengok? Aku ada hutang hutang kau ke?”kataku pada Natalia. Dia hanya mengangkat bahu.

“Dah,jom. Tak pasal-pasal kena marah dengan Cikgu Nadiah tu.”katanya sambil menarik tanganku.
* * * * * * * * * * * *

“Tolong belikan aku air oren boleh tak?”pesanku pada Natalia.

No problem. Tapi kau kena belikan aku bihun sup okey?” amboi berat sebelahlah cik kak ooi. Aku nak kena beratur panjang,dia tak payahlah.

“Yalah. Tapi kau cari meja.”Natalia hanya mengangguk sambil mencebikkan bibir. Nampak sangat nak komplen.

Selepas membeli makanan aku terus mengatur langkah ke arah Natalia yang berada di hujung kantin. Agak berhati-hati,mestilah bawa dua mangkuk bihun sup. Macam menatang minyak dalam dulanglah. Kalau tumpah tak ke naya? Tetiba mangkuk jamban mana ntah langgar aku. Beruk sungguh,habis aku mandi sup. Kalau sikit tak apalah jugak tapi ni banyak. Beruk tu pun buat macam tak sedar aje. Akulah beruk macam ni… rasa macam nak ishhh…… keluar jugak nanti.

“Woi beruk…!!! Kau dah langgar aku buat selamba badak aje. Tak nampak ke baju aku dah kotor ni? Ke dah buta? Kalau dah buat salah tu mintak maaflah,ni tak buat macam takde pape pun yang jadi. Melampaulah…”ni dah geram tahap kritikal dah ni.

Kau dan aku 1



Part One

“Oitt… buat apa tu? Berangan eh?”sergah Natalia dari belakang.

“Ko ni!!! Nak bagi aku jalan dulu ke? Main sergah-sergah boleh. Bagilah salam dulu.”kataku sambil mengurut-urut dada. Nak bagi aku mati ke minah ni? Menyibuk betullah,nak berangan kejap pun tak boleh.

“Sorry, Cik Emillia Natasha. Aku janji tak buat lagi punya. Saje je nak usik kau. Aku tengok kau ni asyik berangan jew.”

“That’s my problem not your. Kau ni takde angin,takde ribut tetiba muncul apasal?”aku cukup kenal dengan Natalia ni. Kalau tak ada masalah takkan muncul depan rumah aku.

“Aku nak jumpa kawan aku pun tak boleh ke,tak pelah kalau kau tak nak jumpa aku. Aku ni kan suka menyibuk,”satu je yang aku tak minat pasal minah ni. Suka benar majuk. Nasib baik senang nak pujuk.

“Aikk… majuk pulak? Kau ni kekadang terlebih manja lah. Nasib baik kau ni best girlfriend I ever had,so aku pujuk kau. Meh sini kita dengar citer kau. Nape dengan kau? Gaduh dengan Syafiq lagi ke?”

“Ini kau kata pujuk. Susahlah pakwe kau nanti.”

“Peduli kat dialah. Lagipun aku tak nak ada pakwe sehingga habis belajar,so bolehlah aku belajar dari kau macam mana nak pujuk balak. Kau kan pakar,ye tak? Whatever… sekarang ni kita tengah citer pasal kau okey,not me…”kataku mengubah tajuk perbualan. Aku memang tak suka topik yang diungkitkan Natalia.

“Syafiq nak clash dengan akulah. Aku nak buat apa?” baru kini Natalia nampak gelisah. Mana taknya pujaan hatinya minta putus. Syafiq ni pun satu, orang dah cun melecun dia nak tolak lagi. Dia nak macam mana lagi?

“Pedulilah dengan jantan tu. Abang aku pun minat dengan kau tau tak. Kalau kau nak aku boleh bagitau dia. Lantaklah kat Syafiq tu,dia buta sebab orang yang cantik macam kau pun tak nampak. Nanti dia mesti melutut kat kau minta kapel dengan dia balik,”aku meluat betullah dengan orang laki ni. Kekadang sampai ada orang cakap aku anti-lelaki. Bagi aku, cuma abang aku aje yang baik. Ayah aku pun dikatakan jahat sebab tinggalkan kami dengan mama.

“Betul ke abang kau yang hensem macam Aliff Aziz tu minat aku? Kau jangan main-main dengan aku.” Natalia ni… memang minat dengan abang aku yang hensem tahap karma tu. Bagi dialah,bagi aku biasa aje aku tengok. Maybe sebab selalu menghadap muka dia kot. Dia ada tanya aku pasal Natalia. Mesti dia minat,mama pun dah ‘ter’berkenan dengan si Natalia ni.

“Yalah takkan aku nak cari nahas dengan orang yang baru putus cinta kot. Tak pasal-pasal paper esok keluar berita muka surat depan ‘ORANG PUTUS CINTA BUNUH RAKAN’. Tak nak aku,”kataku diikuti dengan tawa kami yang berpadu.

“Amboi gelak bukan main lagi. Mengata abang eh,”kami dikejutkan dengan kehadiran abangku,Emirr Nashrul.

“Panjang umur abang. Baru sebut dah sampai.”kataku spotan sambil mengerling ke arah Natalia yang sedang menunduk.

“Ohh.. Memang tengah mengata abanglah ni?”kata Abang Emirr sambil memandangku dengan mata yang mencerlang. Marah nampak.

Relaxlah. Jangan marah-marah dah nampak macam badak sumbu nak serang orang aje.”kataku sambil ketawa. Abang Emirr turut ketawa dengan telatahku.

“Sampai hati Millia kata abang macam badak sumbu.”katanya pura-pura merajuk.

“Lah.. Majuk pulak? Tak pe mai sini Millia pujuk.“kataku sambil menariknya ke satu sudut yang jauh dari Natalia.

“Abang suka kat Lia kan? Nilah peluang abang,dia baru putus cinta dengan balak dia. Apalagi bang tacklelah cepat,kang melepas.”kataku perlahan-lahan. Didengarnya dek Natalia mau dia sembelih aku.

“Dia nak ke abang ni. Bukannya hensem pun.”sah abang minat dengan Natalia.
“Tak hensem kata abang,hensem kata dia. Dia cakap muka abang macam Aliff Aziz. Bagi Emi biasa aje. Hensem ke abang Millia ni?”kataku sambil menilik mukanya.

“Millia…!!! Sampai hati cakap abang gitu.”katanya. Aku tahu abang bukannya marah pun. Dia nak tenangkan hatinya saja.

“Dah dah lah tu. Jom pergi dekat dia.”kataku sambil menarik tangannya. Tapi macam tak nak jalan aje abang aku sorang nih.

“Jap,jap. Okey ke tak rambut abang ni. Dah cukup kemas ke?”katanya sambil membetul-betulkan rambutnya. Lagaknya bagaikan nak jumpa mak mertua aje.

“Okey dah. Cepatlah kang dia balik melepas abang.”kataku sambil menarik tangannya. Ketika otakku berputar ligat untuk mencari alasan untuk meninggalkan mereka berdua mama memanggil aku. Tepat pada masanya ma.

“Alah… mama panggil. Abang berbual dulu dengan Lia ye?”kataku sambil mengangkat sebelah keningku.

“Eh,eh… Emillia Natasha!!!” Whoa geram nampak bang? Relaxlah. Bukannya tinggal berdua-duan dalam rumah. Tak kena cekup punya. Aku hanya ketawa apabila melihat Abang Emirr marah dengan aku.

Sebelum masuk ke rumah sempat lagi aku menoleh dan jerit pada mereka, “Berusaha. Jangan biar rasa hati jadi parah kang susah. Tak boleh nak diubati.”
Kalau dah suka abang,cakap jelah apa yang susah.