Hello..!! sorry sbb dh lama xdak e3 baru. skang neh saya akn upload citer baru.. cadang nk buat cerpan je, tp tataw lah kowt2 tlebih jd e-novel.. Sorry I love you ni, adik saya punya idea. saya tlg tlis and tambah2 idea.. credits to my sister, ainaa.. please enjoy ye..

Luahkan je


ShoutMix chat widget

Wednesday, August 19, 2009

K!sah K!ta (3)



 
Part 3

Malam tu aku dan Dinas berbual panjang. Maklumlah dah lama tak jumpa. Tapi jam sebelas malam kami dah tidur memandangkan esok aku bersekolah.

“Intan pergi dulu ya ma,pa,”laungku lalu masuk ke dalam kereta.

“Hai nama saya Amirul Asyraff. Saya dari kelas 4 Pintar. Awak nak jadi girlfriend saya tak?”
Tengah aku sedap-sedap belajar dekat perpuskataan ada seekor Mamat Bangla tegur aku. Siap minta aku jadi girlfriend dia pulak. Ingat aku ni apa? Suka hati dia je. Apalagi belahla,tunggu apa lagi.

“Maaf,saya tak berniat nak berkurang ajar atau apa,tapi saya tak berminat,”kataku lantas bangun dan menuju ke pintu keluar.

‘Boleh tahan juga dia ni. Cantik,comel. Muka dia macam orang Jepun,putih,bibir dia merah tapi bukan pakai gincu,pipi dia gebu,bulu mata dia lentik,langsung tak pakai maskara,alis mata dia pun nipis. Aku tak rasa dia cabut bulu kening,sebab macam alim je. Tak macam girlfriend -girlfriend aku dulu. Ada ciri-ciri wanita idaman aku ni. Apalagi tackle la dia.Tapi nampak macam susah la.'

“Awak,tunggu la saya. Jangan la sombong sangat. Saya cuma nak berkawan,”Mat Bangla ni memang bengap la. Tanpa menghiraukan lelaki itu aku lantas masuk ke kelas. Padan muka dengan Mat Bangla tu,tercengang-cengang dekat depan kelas aku.

Tak apa, tengok la kau. Kau tak kenal lagi siapa aku. Aku Amirul Asyraff la,tak ada perempuan yang boleh lepas dari aku. Tapi yang paling penting aku kena siasat siapa perempuan tu. Apa nama dia… ha, Intan Edriyana,kelas 3 Pintar. Jaga kau.

Sunday, August 2, 2009

Kisah Pembela Toyol.

Pada zaman dahulu terdapat seorang tua yang hidupnya dibantu oleh seekor toyol bagi mendapatkan rezeki yang kurang halal tu.... hidup mereka saling bergantung antara satu sama lain. Toyolnya amatlah taat setia pada tuannya... setiap kali disuruh oleh tuannya.. pasti ia akan bertugas. Maka tibalah pada satu hari.. tuan toyol merasa ajalnya hampir sampai.. dan pekara itulah amat ditakuti olehnya.. terutamanya ketika hendak menjawab soalan malaikat mungkar nangkir... dan mencari jalan untuk melepaskan dirinya. Lalu tuan toyol ni pun pangillah toyol belaannya dan berkata... 'Toyol-toyol..... aku ada satu pekara yang hendakkan engkau lakukan' Lalu Toyol itu pun menjawab 'Yess.. Bosssss...' Tuan toyol berkata ' Sekiranya aku mati nanti .... aku harap engkau dapat menuliskan keseluruhan jawapan yang akan diberikan oleh imam untuk menjawab segala soalan malikat mungkarnangkir pada kain kapan aku ketika pengkubumian aku nanti'. Lalu toyol yang penuh Confident itu pun menjawab "No problem bossss.." beberapa bulan daripada tarikh tersebut... maka tuan toyol itu tadi menemui ajalnya. Setelah mayat tersebut di khafankan dan selamat dikebumikan ... tetapi malangnya toyol tersebut telah terlupa hendak menulis jawapan tersebut ... dengan nada selambanya dia berkata ' aisyeaaa man... lupa lak nak tulis... tapi tak pa .... tuan aku teror... mesti dia boleh jawab punya' kubur ditinggalkan maka datanglah malaikat mungkar nangkir untuk menyoal tuan toyol.... Soalan pertama diajukan .... marabuka....lalu tuan toyol tu pun duduk dengan confidentnya sambil menyelak kain khafannya bagi mendapatkan jawapannya... Setelah diselaknya dia mula cemas kerana masih tidak menemunya sehinggalah di penghujung kain khafannya cemasnya mula reda kerana berjumpa dengan sepotong ayat Maka dengan megah serta angkuhnya dia menjawab - "Made in China" - Zrappppppppp...... satu sebatan diberikan oleh malaikat tersebut.Begitulah adanya kisah untuk kali ini...dan moral bagi cerita ini iala.h Belilah barangan Buatan Malaysia