Hello..!! sorry sbb dh lama xdak e3 baru. skang neh saya akn upload citer baru.. cadang nk buat cerpan je, tp tataw lah kowt2 tlebih jd e-novel.. Sorry I love you ni, adik saya punya idea. saya tlg tlis and tambah2 idea.. credits to my sister, ainaa.. please enjoy ye..

Luahkan je


ShoutMix chat widget

Saturday, November 14, 2009

K!sah K!ta (10)



Part 10


‘Apasal dengan Intan hari ni? Macam nak tak nak je cakap dengan aku. Aku ada buat salah ke? Kalau aku buat salah kenapa dia tak marah aku? Selalunya yang tu lah dia buat dulu,apasal dengan Intan ni?’

“Mak Long mana?”kataku yang menuruni tangga. Nampaknya pertanyanku membuatkan Amirul tersentak. Apa yang difikirkan olehnya?

“Di luar kot. Tadi saya tengok mama bawa buku latihan murid. Mama selalu semak buku di bangku di luar,”jelas Amirul. Aku mengangguk dan berjalan keluar.

“Awak marah saya ke?”akhirnya terkeluar jugak soalan tu.

“Marah? Kenapa pulak saya nak marah awak?”tanyaku kembali.

“Sebab di sekolah tadi saya buat tak tahu je bila peminat saya serang awak,”dia tahu pasal peminat dia rupanya. Boleh dia buat tak tau je.

“Tau tapi buat tak tau? Awak ni memang dasar…”bengap.. Aku menyudahkan kataku di dalam hati. Terus aku tinggalkan dia.

“Mak Long,Intan nak keluar kejap,nak pergi beli barang kat book store,”kataku pada Mak Long yang sedang menyemak buku.

“Pergi dengan Amirul ye,Intan? Dia pun dah bising ajak Mak Long pergi kedai alat tulis,” apa!!?? Pergi dengan mamat tu? Tak ingin aku. Tapi aku kena beli jugak barang tu hari ni. Lantaklah asal tak ganggu aku sudah.

“Mm.. yalah,Mak Long tolong bagitau dekat Amirul jap,Intan nak tukar baju,”kataku terus memasuki rumah. Amirul yang sedang leka menonton televisyen menoleh ke arah aku.

“Amirul,mari sini kejap,”kedengaran suara Mak Long dari luar. Serentak kami menoleh ke arah Mak Long.

“Pergilah,mama awak panggil,”kataku padanya sebaik dia menoleh ke arahku semula. Dia hanya mengangguk lalu bangun.

“Nanti kita cakap. Awak jangan nak mengelak pulak,”katanya lalu keluar.

Memang kita akan cakap pun sebab mama awak suruh kita pergi kedai alat tulis sama-sama. Aku menaiki tangga menuju ke bilikku untuk menukar pakaian.

“Intan.. Awak siap tak lagi?”

“Dah nak pakai tudung jap,awak tunggu dekat bangku luar,”kataku yang sedang merapikan tudungku. Pantas aku capai tas tangan dan telefon bimbitku yang diletakkan di rak.

“Amboi,ni nak ke book store ke shopping?”aku yang sedang menuruni tangga terkejut. Over sangat ke? Lantas aku melihat pakaianku,seluar jeans dan blaus. Mana ada overnya. Mamat ni pening ke?

“Over sangat ke?”tanyaku yang melihat ke arahnya. Baju ni la yang aku selalu aku pakai. Melihat dia menangguk bertambah hairan aku.

“Apa yang overnya Am? Mama tengok biasa je,” Mak Long turut hairan melihat perlakuan anak terunanya itu.

“Yalah siap dengan beg tangan lagi. Tak over ke?” ha!!?? Pasal tu je dikatakan over? Sah-sah mamat ni pening.

“Mind of your own business,”kataku lantas meninggalkannya.

“Eh,marah pulak? Tunggu la saya,”

“Cik nak ke mana?”tanya Pak Mat.

“Mula-mula pergi kedai buku,lepas tu sekolah Edry,”kataku lalu masuk ke dalam kereta.

Tengah seronok layan perasaan tetiba je telefon aku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.

‘Amirul??!! Kenapa dia send mesej kat aku ni? Padahal satu kereta,duduk sebelah aku je pulak tu. Otak tak betul ke dia ni? Wayar apa yang tersalah sambung? Wayar kewarasan tersalah sambung dengan wayar apa pulak ni??!!’ Dengan penuh tanda tanya aku membuka mesej dari Amirul tu.

-Kenapa dgn awk ni? Dr tadi lagi,apa salah saya? Awak… Cakaplah apa salah saya,saya x tahan kalau awk x nk cakap dgn saya. Kalau mama x suruh saya ikut awk saya masih xde peluang nk cakap dgn awk. Please Intan… Say something. Am dah x tahan dgn kebisuan Intan. Say what I’ve done 2 u. What my mistake??!!

Aku memandang ke arah Amirul yang boleh buat muka selamba lagi. Apasal dengan dia ni?? Aku membalas mesejnya. Kalau dia nak main mesej aku tak ada masalah.

-Apa salah awk??!! Awk masih nk tanya lagi apa salah awk? Saya rasa awk tau apa salah awk,cuma buat bodo je.(Sorry kasar bahasa)If u want 2 know what ur mistake is,u have 2 remember what u said 2 me this afternoon and just now. One more thing,kenapa awk mesej saya? X boleh cakap ke? Saya no hal kalau nk main mesej kredit saya banyak.

Amirul tersenyum sebaik baca mesej yang aku balas. Seronok lah tu. Tiba-tiba telefonku berbunyi lagi. Tak habis-habis lagi ke cik abang oi..??

- Ohh.. Fasal girls yang marah awk tu ke? Alah.. Sorrylah bukannya x nk sound diaorg just x nk cari gaduh. Not a big deal ok?? Fasal handbag tu pun sorry…Bukan nk mengata tp mmg betul pun. Awk pakai mcm nk pergi shopping je. Saya malas nk cakap depan Pak Mat seganlah.

- NOT A BIG DEAL KATA AWAK!!! Diorang bknnya marah. tu dh dikategorikan sbgai serang dh tw? Awk ni sah-sah dah buta. Kalau x kerana awk mungkin saya dah masuk hospital. Awk tahu x diaorg sanggup buat apa2 pun utk dptkan awak. Termasuk mencederakan saya. Malaslah nak cakap dgn awk. Another mistake,right? Don’t ask me what ur mistake is.

-Ha…??? Awk merajuk lagi ke? Alah jgnlah merajuk nnt x cantik dah. X comel… Intan kan comel. Alaa.. Busyuk,busyuk jgn merajuk…

-Saya punya suka la. Awk nk sibuk apa?

-Mestilah saya ambik tau. Awk kan bakal kekasih saya.

-What??!! Dlm mimpi pun x ingin tau…

-Dlm mesej mmglah tp dlm hati x siapa tahu kan?? Rahsia dihati x siapa yg tahu.

-X teringin pun. Boleh jalanlah…

-Amboi garangnya.

-Whatever……Dah lah tu… Nk sampai dah.

Pak Mat menurunkan aku dan Amirul di depan The Popular. Amirul masih tersengih-sengih memandangku.

“Wayar putus ke?” tanyaku padanya.

“Ha..?? Wayar putus?” tanyanya pula.

“Yalah,tersengih-sengih macam orang gila. Am ni kekadang macam orang yang waras tapi kekadang macam ‘kureng’ sikit,”dengan selamba aku memberi jawapan itu.

“Salah ke kalau saya nak senyum? Senyuman itu kan satu sedekah,”

“Memanglah senyuman itu satu sedekah but your smile looks like crazy man okay. Pleaselah jangan senyum gitu. Takut saya tengok,”

”Apasal nak takut pulak? Saya bukannya orang jahat pun,”

“Takut kena angkut dengan Jabatan Kebajikan lepas tu hantar ke Tanjung Rambutan,”

“Ha…?? Tanjung Rambutan?”

“Yalah,tak pun hospital bahagia terdekat. Tanjung Rambutan or Hospital Sakit Mental.”kataku dengan muka yang selamba,padahal dalam hati dah macam nak ketawa terbahak-bahak.

“Banyaklah awak. Am bukannya gila nak masuk mental hospital. Intan bolehlah,”dia ni kejap Am,kejap ‘saya’ nasib baik tak keluar ‘aku‘.

“Apa awak nak saya panggil awak sebenarnya hah? Kejap Am,kejap saya. Bikin pening kepala gue saja lu ni,”kataku mengajuk cara percakapan Indonesia.

“Awak ni dah bercakap macam Bibik pulak. Awak panggil aje panggilan apa yang awak suka. Am ke awak ke. Kalau sayang lagi saya suka,”katanya lalu terus ke bahagian buku rujukan. Apalagi kalau nak mengelak daripada kena marah dengan aku. Suka-suka nak suruh aku panggil dia sayang dia ingat aku ni apa? Makwe dia?

Friday, November 6, 2009

Kau dan aku 6




Part 6


Malam ni Rina akan bermalam di rumahku… lama dah tak tidur sesama… tapi yang tak bestnya Natalia tak boleh join sebab dia kena pergi kenduri sedara dia. Lama kami berbual malam tu. Sampai abang kena ingatkan yang esok kami nak ke Genting Highlands. So kena tidur awal sikitlah… dah lama tak jalan sesama, tapi semua kawan aku dah kapel… Natalia mesti nak jalan dengan abang. Rina pulak mesti dengan Hanif.(jgn terkejut ye…) Aku kena jalan sorang-sorang… waaaaaaaaa……… takpe-takpe, aku nak kacau diorang…muahahahahahahahahahaha…


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*



“Apa yang abang buat kat sini?”tanyaku pada Abang Emirr bila dia berhenti selang tiga rumah dari rumah kami.


“Nak ambik oranglah… nak buat apa lagi? Menari gelek?” balas Abang Emirr pula.


“Ish… abang ni. Buat lawyer buruk pulak. Rumah Lia kan jauh lagi? Lagi dua lorong lah, abang dah hilang ingatan ke?”marahku.


“Lahh… sapa kata abang nak ambik Lia. Kita nak ambik Iz.” Iz mana pulak ni? Kawan Abang Emirr ke? Sedang aku main teka teki dengan otak aku, Faez masuk dalam kereta Abang Emirr lalu duduk di sebelah Abang Emirr.


“Apa kau buat kat sini?”tanyaku pada Faez.


“Nak gi Genting lah. Buat pe lagi? Berjoget?” 2X5 je dengan Abang Emirr.


“Yalah nak gi Genting. Tapi macam mana boleh ada kat sini lak? Takde duit tambang ke kena tumpang orang?”kataku pula.


“Oit!! Cakap tu elok-elok sikit eh. Abang ko yang ajak, aku join jelah.” tempelaknya, “Mana aku nak tau ko adik dia. Kalau aku tau aku tak join dah.”rungutnya.


“Sejak bila nama ko tukar jadi Iz? Bukan BERUK ke?” sakatku.


“Apa beruk-beruk, ha MILO? Aku punya nama FAEZ HAKIMI B. DATO’ AZRAN, okay? FAEZ HAKIMI bukan BERUK!”wakakakakaka… marah nampak?


“Ada aku kesah? Hey beruk, eh silap Hakimi! Aku pun ada nama okay? Nama aku EMILLIA NATASHA BINTI AHMAD NAZRI, bukan MILO!!! Apa ingat sedap sangat ke nama ko bagi dekat aku tu? Abang tengoklah kawan abang ni… menyusahkan betul. Yang abang ajak dia tu kenapa?”aduku pada Abang Emirr.


“Yalah… nanti ko kacau aku, Rina dating dengan abang dan Hanif. So baik aku ajak Faez. Bukan salah abang, salah aku. Aku yang suruh dia ajak Faez.” bukan Abang Emirr yang jawab tapi Natalia. Masa bila pulak dia naik?


“Bila masa ko naik? Aku tak ‘ter’perasan pun? Ko jadi Kaber ke?”tanyaku pada Natalia yang duduk di sebelahku.


“Ko memang lah. Kalau jumpa Faez, S.R.K. depan mata pun tak perasan. Tadi lah. Sekarang kita nak pergi ambik Hanif pulak,” tersengih aku dibuatnya. Mana Rina ni? Senyap je dari tadi?


“Ooi… Rina. Ko buat pe tu? Senyap je dari tadi.”teriakku pada Rina yang duduk di seat belakang,


“Millia!!! Millia nak suruh abang jadi pekak ke? Terjerit-jerit.. Macam duduk sebatu jauhnya Rina tu. Tak hilang lah.”marah Abang Emirr pula. Mana taknya aku duduk di belakang dia je. Memang pekak kejaplah dia dibuat aku.


“Eheheheheheh.. Millia mintak sorry bang. Terlupa pulak dekat abang Millia ni. Tak pelah sekali sekala Millia nak menjerit. Nak praktis jadi Jane jap. Kot-kot lah ada bakat jadi bini Tarzan tu kn?”repekku.


“Ko nak jadi bini Tarzan? Alhamdullialah… bila ko nak belah tinggal dalam hutan tu? Aman sikit hidup aku.”sampuk Faez pula.


Terkebil-kebil aku seminit. Then, “Abang tengoklah BERUK ni. Menyakitkan hati je. Balik jelah. Millia tak nak pergi!”Marahku.


“Alah, Millia. Im gurau je tu. Kita dah sampai separuh jalan dah ni. Nak masuk tol dah pun. Takkan lah nak suruh abang patah balik jugak?”pujuk Abang Emirr.


“Tak kira. Nanti bila sampai dekat tol, masa abang nak ambil Hanif. Abang tinggal Millia dekat situ. Nanti Millia call mama.”kataku nekad.


“Millia… Millia tau kan, Abang takkan tinggalkan Millia macam tu saja?”


“Tak tau!”


“EMILLIA NATASHA!”


“Ya abangku yang tercinta,”


“Abang serius ni.”


“Millia pun serius jugak.”kataku. Bab-bab merajuk ni bagi dekat aku lah.


“Okay… Natasha, aku mintak maaf, sebab aku ko tak nak ikut and merajuk…Sorry eh?”akhirnya setelah lama aku dan Abang Emirr membisu, Faez bersuara.


“Haa… kalau awal-awal lagi ko cakap macam ni kan senang. Tak payah lah aku menjatuhkan air mukaku. Jadi pompuan yang terlebih sensitif.”Lia, Rina dan aku ketawa. Diaorang memang dah tau niat aku. Sebab aku takkan merajuk gara-gara seorang lelaki asing selain abangku.


“EMILLIA NATASHA!!!!!!!”bergegar kereta dek jeritan Abang Emirr dan Faez. Nasib baik kereta dah berhenti kat tempat yang dijanjikan. Kalau tak boleh accindent kami.


“Hahahahahahahahahahaha…”aku masih ketawa.


“Rilek lah bang. Millia tak nak kenakan abang. Tapi macam mana Millia nak suruh abang berkomplot skali. Lagipun, abang bukannya satu kepala dengan kami. Mesti abang tak setuju.”kataku sambil memeluk Abang Emirr dari belakang.


“Abang ingat Millia berani sangat ke nak tunggu mama sendiri dekat tol tu?”tambahku bila Abang Emirr masih mendiamkan diri. Abang Emirr terus keluar. Aku menyusul.


“Alah bang. Takkan merajuk kot? Takkan lah sensitif sangat?”pujukku sambil memeluk lengannya.


“Sapa kata abang merajuk? Abang nak pergi beli makanan. Senang kalo dalam perjalanan nanti lapar.”balasnya bersahaja. Aku tersenyum.


“Millia nak ikut.”


“Tak payah. Pergi mintak maaf dekat Iz.”ujar Abang Emirr membuatkan aku mencebik. Tapi aku tetap akur.


Dalam perjalanan ke kereta aku berfikir macam mana nak minta maaf dekat Faez… tiba-tiba mentol dia atas kepalaku menyala.


“Ahaa... aku tau!”kataku sambil tersenyum sendiri.