Hello..!! sorry sbb dh lama xdak e3 baru. skang neh saya akn upload citer baru.. cadang nk buat cerpan je, tp tataw lah kowt2 tlebih jd e-novel.. Sorry I love you ni, adik saya punya idea. saya tlg tlis and tambah2 idea.. credits to my sister, ainaa.. please enjoy ye..

Luahkan je


ShoutMix chat widget

Friday, July 1, 2011

Sorry, I Love You..!! (2)




Part 2 - Friends Forever??



“HEI Alisya!” panggil Anis dari jauh. Well, actually taklah jauh mana.


“Yup? Aku sampai-sampai kau dah cari? Rindu sangat dengan aku ke?” usikku.


“Mestilah rindu, dekat seminggu tak jumpa kau ni. Kau pun cuti seminggu pun nak jalan jauh ke?” sampai je dekat denganku Anis terus memelukku.


“Woi-woi, udah lah tu. Aku pun dia tak peluk kau pulak lebih-lebih.” Sampuk Fakhrul. Dia berdiri di sebelah Anis.


“Weh bila kau muncul hah? Tak sedar pulak. Lagi satu, kau nak jeles-jeles apa? Dah tak boleh peluk tu diam-diam sudah,” serangan balas dilaksana. Kitaorang memang asyik gaduh je.


“Tolong sikit. Tak jeles pun k? Sweetheart, jom ah, D dah lapar ni.”asaknya sambil menolak-nolak bahu Anis.


“Tulah mak masak sedap-sedap tak nak makan. Datang kolej kecoh pulak. Anis aku dah cop ok?”lantas aku menarik tangan Anis untuk mengikutku ke kafe.


“Jomlah D, tunggu apa lagi?” panggil Anis pada Fakhrul yang masam. Macam telan cuka sebotol je.


“Alah dia ni nak merajuk pula.” Aku patah balik ke belakang ke arah Fakhrul yang masih membatu di tempat tadi lalu cuba menolaknya ke arah Anis.


“Adeh. Kau ni dah lah badan besar, manalah larat aku yang kecik molek ni nak tolak,” runggutku perlahan.


“Kau jangan nak ngada-ngada merajuk lagi, faham?” amaran diberi terus bila dia mengerakkan badannya sendiri.


“Sapa yang buat aku marah? Citer sikit,”balasnya pula.


“Dah-dah. D ni pun, bukannya budak-budak lagi,”marah Anis. Fakhrul menjelirkan lidah kepadaku, nak marah aku nanti dia kena marah pula. Macam budak-budak.


“Lisya, birthday kau ni kau nak apa? Aku nak start save money ni,” tanya Anis sambil memaut tanganku menuju ke kantin.


“Amboi kau, macamlah aku ni demand sangat. Nak save money tu,” balasku tak puas hati. Mulut pun dah muncung.


“Bukanlah dear, aku ni kan kaki shopping. Nak simpan siap-siaplah. Nanti takde hadiah pulak untuk kau,” jelasnya sambil mencubit pipiku.


“Yeke? Kalau aku cakap aku tak mau apa-apa boleh?”tanyaku sambil membuat muka comel.


“Huh? Kenapa pulak? Orang time tengah birthday dialah nak macam-macam, kau pulak tak nak apa,”dia dah buat muka confuse yang comel tu.


“Sebab aku nak kau dengan Fakhrul je,”


“Apa dia?? Kau nak aku? Kau jangan buat gila Lisya. Aku tak tau pun kau minat kat aku selama ni?” sampuk Fakhrul yang sedang menatang dulang minuman kami.


“Kau boleh tak jangan menyampuk? Dengar dulu citer aku.”marahku sambil menarik air milo ais fevretku. “Aku tak nak hadiah lain except you two by my side. Be my friend forever key?”aku pandang mereka dengan muka berharap. Anis dan Fakhrul saling bertukar pandangan, mungkin pelik dengan sikapku.


“Apa kau cakap ni Lisya? Aku kan kawan kau. Aku pasti akan jadi kawan kau buat selamanya.” Akhirnya Anis bersuara selepas terkedu.


“Betul tu. Walaupun kita lost contact nanti, aku akan tetap anggap kau kawan aku.” Fakhrul pula bersuara.


“Thanks korang. Aku bebetul sayang korang.” Terusku memanjangkan tangan memeluk Anis. Nak peluk Fakhrul? Agak-agak boleh makan penampar tak?


“Kami pun sayang kau Lisya. Kita kan geng satu kepala?” Fakhrul hanya menepuk-nepuk bahuku.


“Yelah tu. Bukan D tak satu kepala dengan Lisya ke?” tanya Anis.


“Alah Syira ni. Walaupun D ni suka kacau-kacau Lisya, D tetap anggap dia kawan D tau.”


“Thanks Fakhrul, aku hargai tu. Walaupun aku pun memang suka cari gaduh dengan kau, aku tetap anggap kau kawan dunia akhirat aku jugak. Macam Anis,” balasku sambil mengukir senyuman paling manis buat mereka berdua.

“ASSALAMUALAIKUM ibu,” aku menyapa ibu sebaik keluar dari keretaku.


“Waalaikumussalam sayang. Dah habis kelas? Bukan hari ni sepatutnya habis kelas petang ke?” tanya ibu sambil membuka sarung tangan yang digunakannya untuk berkebun. Aku terus menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.


“Puan Saerah ada hal tadi. Dia suruh kami balik dulu. Nanti dia call. Ibu nak minum?” tanyaku sambil bangun dari dudukku.


“Boleh jugak. Puteri nak buat air apa kat ibu?”


“Air kosong cukuplah,” sakatku sambil ketawa lantas berlalu ke dapur.


“Puteri, Puteri.” Ibu hanya mampu tersenyum dengan gelagatku.