Hello..!! sorry sbb dh lama xdak e3 baru. skang neh saya akn upload citer baru.. cadang nk buat cerpan je, tp tataw lah kowt2 tlebih jd e-novel.. Sorry I love you ni, adik saya punya idea. saya tlg tlis and tambah2 idea.. credits to my sister, ainaa.. please enjoy ye..

Luahkan je


ShoutMix chat widget

Saturday, July 25, 2009

K!sah K!ta (8)



Part 8
  
“Assalamualaikum… Mak Long,”kataku sebaik mama menurunkan aku di depan rumah Mak Long. Mama kena pergi ke airport kerana dah terlambat.

“Waalaikumussalam,Intan mari masuk,”kata Mak Long sebaik buka pintu. Mana Amirul,minta-minta dah pergi sekolah.

“Mana mama dengan Edry?”kata-kata Mak Long mematikan lamunanku.

“Edry dah pergi sekolah. Mama pulak dah pergi airport. Intan nak letak beg dulu,nanti Pak Mat ambil Intan pulak,”jelasku padanya.

“Tak payahlah,Mak Long hantar je. Mak Long pun nak pergi sekolah ni,”kata Mak Long yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Damansara. Sebelah sekolah aku je,sebab tu la Mak Long cakap dia hantar. Kalau aku menolak apa kata dia pulak? Naik dengan dia je la.

“Yalah tapi Intan nak kena pergi awal sikit hari ni. Mak Long boleh hantar pukul 7.15 tak?”tanyaku. Aku bertugas hari ni,sebab tulah ke pergi sekolah awal.

“Ohh.. Tak apa,hari ni pun Amirul kena pergi awal. Katanya nak ke library,”ha??!! Amirul nak ke pusat sumber? Dia tahu ke aku bertugas hari ni,siapa bagitau dia pulak ni.

“Amirul dah pergi ke?”tertanya la pulak. Apa Mak Long fikir pasal aku. Mulut celupar betul la.

“Belum,kalau tak takkan la Mak Long nak tunggu dia pulak. Intan pergi panggil dia kejap,bilik hujung tingkat atas,”apasal aku pulak nak kena panggil dia pulak.

“Pandai-pandai la dia turun sendiri nanti,”Alamak..!! Apasal mulut aku ni celupar sangat ni…

“Intan tunggu Mak Long dengan Amirul di luar ye,”sambungku lagi bila mendengar bunyi pintu dibuka dan ditutup kembali. Mesti Amirul takkanlah Pak Long kot. Kan dah pergi kerja.

“Ermm.. Tolong start enjin kereta. Kunci ada di depan. Tolong ye,Intan,”kata Mak Long yang mukanya terlindung di balik akhbar ‘Harian Metro’. Aku terus keluar bila dengar bunyi tapak kaki menuruni tangga.

“Eh Intan nak ke mana?”kedengaran suara orang yang ingin aku elak itu.

“Aa.. Tak ke mana la. Nak duduk di luar je,”kataku sambil memaniskan muka. Meluatnya aku…

“Ohh.. Ingatkan nak elak dari jumpa dengan saya,”kata Amirul sambil memandangku curiga.


‘Macam la saya tak tahu awak nak lari dari saya. Awak tak boleh lari dari saya selamanya,Intan.’

“Taklah,tak nak terserempak dengan awak je. Pergilah sarapan kesian Mak Long tunggu awak dari tadi,”kataku sambil berlalu keluar ke luar sebelum mamat tu sempat cakap apa-apa. Nak mampus? Tak pasal-pasal kena marah nanti.

Apasal dengan minah ni? Tak pasal-pasal nak sindir aku pulak. Buang tabiat ke apa. Lantak lah aku dah lapar ni.

“Mak Long boleh cepat sikit tak? Intan dah lambat la,”kataku kepada Mak Long yang masih membaca surat khabar.

“Kenapa,dah pukul berapa ni?”tanya Mak Long seolah-olah lupa akan waktu. Selepas tengok jam dia,terus dia minta maaf dari aku dan Amirul.

Bergegas Amirul dan Mak Long memakai kasut. Amirul masih tidak menghabiskan sarapannya. dia masih mengigit sekeping roti ketikan memzkai kasut.

“Tulah mama. Amirul dah kata yang kita dah lambat,mama kata awal lagi. Tengok kesian Intan risau kat budak yang baru masuk hari ni,”kata Amirul dalam perjalanan ke sekolah. Macam mana dia tahu ada budak baru hari ni? Dia ni nujum ke?

“Maaflah Intan,Mak Long terlupa,”kata Mak Long yang sedang memandu.

“Tak apa. Mak Long baca berita apa yang kusyuk sangat tu?”kataku cuba beramah mesra dengan Mak Long.

“Tak ada cerita apa,cuma murid kena rotan dengan cikgu 20 kali. Kesian budak tu,”Mm.. yang tu je yang kusyuk sangat.

“Mesti budak tu yang salah. Sekarang ni murid-murid makin tak hormat orang tua,tu yang cikgu tu marah sangat tu. Kita ni manusia biasa je kan? Kesabaran kita ada hadnya,”kataku sambil mengerling Amirul yang nampak terasa. Ambik kau,siapa makan cili,dialah yang rasa pedasnya.

“Awak saja nak sindir saya masa dalam kereta tadi kan?”katanya sebaik turun dari kereta. Marah benar nampak.

“Mana ada. Tapi kalau terasa ambiklah,saya bagi percuma,”kataku sambil memandangnya sinis.

“Intan.. Awak ni kan nakal betul la,”katanya sambil mencubit pipiku.

“Apa ni..??”kataku sambil memandangnya marah.

So sorry. awak comel sangat sampai tak tahan dibuatnya. Lagipun pipi awak lembut la,”katanya sambil memandangku nakal.

“Ergh.. Apalah,kan betul apa yang saya cakap pada mama awak. Remaja sekarang ni makin kurang ajar. Kecuali saya yang baik dan sopan,”kataku yang menunjukkan wajah ayu.

“Eleh.. Perasan la tu. Macamlah ayu sangat,”katanya sambil membuka pintu grill untukku. Hem… Gentleman jugak ye dia ni.

“Dah la tu. Awak nak ikut saya sampai mana ni?”kataku apabila hampir sampai ke pusat sumber.

“Sampai library la,sampai mana lagi?”katanya sambil memandangku pelik.

“Awak tak bertugas ke hari ni? Ingat sikit awak tu pengawas,jadi contoh untuk pelajar bukannya jadi contoh pelajar nakal,”kataku berniat menasihatinya.

“Alah.. Takkan mereka tak pandai beza perangai buruk dan perangai yang baik. Lagipun bukan saya yang nak jadi pengawas ni,cikgu yang tawarkan. Siap suruh jadi ketua pengawas lagi,”katanya sambil tersengih memandangku.

“Ha??!! Orang macam awak jadi ketua pengawas? Hancurlah sekolah. Tak boleh jadi ni,saya kena mengadu kat cikgu suruh pilih calon lain,”kataku siap dengan gaya lagi.

Aduhai Intan.. Kalau ya pun awak tak suka saya,janganlah sampai buat gaya macam tu.. Tapi awak memang comel. Gayanya tadi membuatku tersenyum. Control la sikit,takkan nak ketawa terbahak-bahak tak macho la.

“Ni kenapa tersenyum-senyum ni?”kataku yang hairan melihat dia tersenyum.

“Tak ada apa-apa. Saja nak senyum kenapa tak boleh ke?”Nasib baik tak melatah. Kalau tak malu giler.

“Tak salah cuma awak senyum macam orang gila. Takut nanti peminat awak kata awak gila,”kataku lalu menunjuk ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berbisik sesama sendiri.

“Pergilah bertugas. Nanti apa kata orang,awak ni pemalas tapi cikgu ambil awak jadi calon ketua pengawas. Lagipun saya tak nak dikaitkan dengan awak. Tak pasal-pasal nanti kena serang dengan peminat awak,”kataku sambil memandang dengan risau pada kumpulan pelajar perempuan tadi.

Yalah tak pasal-pasal kena serang mati aku. Padahal aku tak ada kena mengena dengan Amirul pun. Menakutkan aku tengok budak perempuan tu. Dah la tingkatan lima,tapi minat dekat Amirul. Tak ada orang lain ke,weh?

“Apa nak dirisaukan. Mereka tu bukannya kekasih saya macam awak. Jangan risaulah,tak ada apa-apa akan terjadi pada awak sekiranya awak bersama-sama dengan saya. They will not harm you if you with me,

“Saya tahulah tu.. What??!! Your lover? Sejak bila saya jadi kekasih awak. Saya tak ingin lansung lah,”kataku lantas meninggalkannya.

“Intan.. Intan..”suaranya yang memanggilku dari belakang tak aku hiraukan.

“Awak ni kenapa Amirul saya nak bertugaslah..!!”

Kataku yang rimas bila dia sering mengekori aku. Aku susun buku pun dia nak ikut. Kalau aku duduk di kaunter dia duduk di meja hadapan kaunter. Naik rimas aku dengan dia ni,dah la tak bertugas.

“Saya tak akan pergi selagi awak tak maafkan saya. Please wak.. Maafkan saya awak,”katanya seakan -akan merayu.

“Yalah.. Saya maafkan. Sekarang pergi buat kerja,jangan kacau saya lagi,”kataku yang memang dah biasa dengan rayuan begitu dari Edry.

“Tak nak lah. Nak tengok awak buat kerja,”katanya ambil memandangku nakal.

“Dah.. Dah,pergi jaga pagar nanti,kalau awak tak dapat jadi kalau pengawas saya tak nak jumpa awak lagi,”kataku separuh mengugutnya. Apabila melihatnya masih degil kau menolaknya keluar dari pusat sumber.

“Yalah.. Yalah,bye. Jumpa rehat nanti tau,”katanya sambil mencium pipiku. Terus dia belah lepas tu.

Terbeliak mata Intan masa aku cium dia tadi. Kan aku dah kata aku akan berjaya pikat dia. Ni Amirul Asyraff la. Lelaki sejati.

No comments: