Hello..!! sorry sbb dh lama xdak e3 baru. skang neh saya akn upload citer baru.. cadang nk buat cerpan je, tp tataw lah kowt2 tlebih jd e-novel.. Sorry I love you ni, adik saya punya idea. saya tlg tlis and tambah2 idea.. credits to my sister, ainaa.. please enjoy ye..

Luahkan je


ShoutMix chat widget

Friday, July 24, 2009

K!sah K!ta (1)

Part 1

“Intan…Mari sini,”kedengaran suara Mama Zu dari atas.

“Ya ma,”aku pantas menaiki tangga menuju ke bilik Mama Zu.
Agaknya dia lapar la kot.Lantak la jangan makan aku sudah. Tapi aku tak masak lagi,macam mana ni?

“Ada apa mama? Mama lapar ke,Intan tak masak lagi,”kataku sebaik masuk ke dalam bilik yang tak asing lagi bagiku.

“Apa kau ingat aku tau makan saja ke?’’Amboi dia ingat aku reti makan je ke. Asal panggil je dia kata aku nak makan.

“Bukan macam tu ma,sebab tadi ma tak makan jadi Intan ingat ma lapar. Maafkan Intan ma,”kataku membetulkan kesilapanku.

“Tak apa. Mama just nak tanya papa dengan mama kau bila nak balik?”

“Kata papa tengahari ni tak tahu la pukul berapa. Nanti balik la,”terangku. Ni mesti rindu papa ni,yelah hampir sebulan tak jumpa.

Walaupun mamaku isteri kedua,Mama Zu tak pernah membeza-bezakan kami. Aku anak tunggal mama dengan papa. Mama Zu mengandung selepas setahun aku dilahirkan. Waktu itu aku baru berumur satu tahun. Setelah tiga tahun aku dapat adik lagi,tapi adikku dilahirkan tak cukup bulan kerana masa Mama Zu mengandungkan adik bongsuku,mama terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kaki mama lumpuh.

Sekarang sudah hampir sebelas tahun mama tak dapat berjalan. Papa sering memujuk mama mejalankan pembedahan untuk membolehkan mama berjalan semula. Namun mama tetap mama.

“Emm… Tolong buatkan mama Nasi Ayam. Dah lama mama tak makan Nasi Ayam. Intan buat pedas sikit untuk mama ye,”memang mama lapar pun tadi mama sibuk ajar Edry,adik bongsuku,Sharul Edryan.

“Mama nak ayam rebus ke bakar?”tanyaku. Kerana selalunya mama makan nasi lauk je.

“Intan larat nak buat dua-dua tak? Sebab mama dengan papa Intan suka makan yang bakar,mama suka rebus,”

Oh… rupa-rupanya mama nak makan dengan papa. Lagipun hari ni Dinas balik. Dinas belajar di
MRSM Kuala Lumpur. Dinas atau nama sebenarnya,Intan Edrinas Natasya,merupakan adik yang paling rapat denganku. Maklumlah sama-sama perempuan. Aku pernah mendapat tawaran belajar di sana tapi bila mengenangkan Mama Zu yang sakit aku menolak tawaran itu,walaupun Mama Zu halang. Bagiku,aku boleh cuba minta lagi lepas PMR.

“Baiklah mama,”kataku lalu keluar dari bilik Mama Zu.

No comments: