Hello..!! sorry sbb dh lama xdak e3 baru. skang neh saya akn upload citer baru.. cadang nk buat cerpan je, tp tataw lah kowt2 tlebih jd e-novel.. Sorry I love you ni, adik saya punya idea. saya tlg tlis and tambah2 idea.. credits to my sister, ainaa.. please enjoy ye..

Luahkan je


ShoutMix chat widget

Thursday, July 23, 2009

Kau dan aku 2



Part Two.

Hari pertama di sekolah selepas cuti panjang. Natalia dan Abang Emirr dah kapel pun. Kan aku dah cakap diaorang mesti kapel jugak punya. Ke ada ke aku gitau korang suma?

“Emillia…!!!”suara jeritan Natalia bagai aku berada sebatu jauh darinya. Padahal sedepa aje. Mau pekak telinga aku lama-lama gini.

“Pehal bakal kakak iparku ooi…!!!”balasku dengan menjerit di telinganya.

“Ooh… balas dendam eh?”katanya sambil mencubitku.

“Adooi.. Apalah nasibku kalau dapat kakak ipar macam ni? Seksanya… wahai abangku kenapalah kau pilih pompuan ni jadi kekasih hati. Tak kesiankah dikau pada adikmu yang akan menanggung azabnya? Apa salahku diseksa begini…”kataku. Siap menyanyi lagi. Natalia yang memandang terbeliak biji mata kalau boleh mau tersembul bijik matanya yang cantik tu. Kaler biru kehijaun.

Cun giler si Natalia ni,anak kacukanlah katakan. Aku pelik betullah dengan Syafiq tu. Mentang-mentanglah muka dia dah macam Bi Rain,ingat senang nak cari awek cun macam Natalia ni? Padan muka,abang aku dah kebas dia.

“Amboi..aku ni teruk sangat ke?”katanya sambil memandangku dari atas ke bawah.

“Aku taulah aku ni cantik,tak payahlah tengok aku macam nak tersembul biji mata. Kau ni kekadang kan…”aku sengaja tak menghabiskan ayatku. Biar dia tertanya-tanya,

“Kau ni nak cakap,cakalah betul-betul. Ni aku buat aku tertanya-tanya boleh.”

“Payahlah nak describe perangai kau ni. Nak kata kejam tak sangat,nak kata baik lagilah tak. Ntahlah sederhana je kot.”kataku memuji bakal kakak iparku itu. Tak pasal dia citer dengan Abang Emirr maunya aku kena karate.

Kringg… loceng berbunyi menandakan waktu untuk perhimpunan rasmi sekolah.

“Haih… pagi-pagi dah kena jemur. Kecian kat aku yang putih melepak ni. Tak pasal-pasal hitam kang.” rungut Natalia yang berjalan seiring denganku menuju ke tapak perhimpunan.

“Kau tau tak abang aku suka berjemur pagi-pagi macam ni. Matahari pagi tu kan baik untuk kulit.”kataku meminjam kata-kata abang ketika aku merungut sewaktu menemankannnya berjemur.

“Ya ke Abang suka berjemur pagi-pagi. Tak cakap kat Lia pun.”Natalia umpama bercakap seorang diri.

“Woi.. Berangan ke?”kata-kataku mencantas lamunan Natalia.

“Diam!!! Jangan bersembang.”kedengaran suara pengawas menegur kami. Alamak sidang dah bersurailah pulak. Tak boleh nak usik bakal kakak ipar aku lagi.

“Saya ingin ucapkan selamat kembali selepas cuti persekolahan. Hari ini,seorang pelajar baru akan menyertai kita. Namanya Faez Hakimi. Saya ingin semua pelajar memberikan layanan yang baik tehadap Faez. Jemput naik Faez.”

Whoa,hensem jugak mamat ni. Tapi macam berlagak aje. Meluat aku nengoknya. Natalia yang berada disebelahku menyiku aku sambil mengangkat-angkat kening. Gatalnya dia ni.

“Aku bagitau abang padan muka kau.”aku ni bab mengadu nombor satu. Jangan nak katalah manjanya,yelah anak bongsulah katakan.

“Kau bagitau Abang Emirr aku bebetul buat kau terseksa time kami nikah.”ugutnya pulak.

“Alamak!!! Dah tunjuk perangai kejamnya… wargh… mama tolong Millia…!!! Jangan bagi abang kapel dengan witch ni,nanti Millia kena buli. Waaa,mama kasihanilah anakmu yang bakal terseksa ni.”aku buat tak tau aje bila Natalia mula memandang aku.

“Macam nak makan aku aje kau ni. Aku ni bukannya sedap macam Abang Emirr,kalau kau nak tau abang tu kan… fulamak… sedap whoa,lemak berkrim,cukup santan,masin semua cukuplah. Kalau tak percaya trylah.”hampir terlupa aku yang kami masih berada di tapak perhimpunan. Sampailah pengawas menjeling aku semacam. Aku mengangkat tangan memohon maaf.

Relaxlah dik. Akak main-main aje. Tak buat bising dah”kataku kepada pengawas tingkatan lima itu. Dia hanya menjeling kemudian pandang ke arah lain. Nampak sangat kau nak gelak,adik ooi.

“Saya harap kamu semua… bla…bla…bla…”apalah yang Cik Mail(nama pnuh pengetua ialah Ismail Osman tu yg dpt nama Cik Mail tu) merepek dari tadi ni. Satu apa pun aku tak paham.

‘Faez Hakimi… Hensem gak,mesti banyak peminat nanti. Agak-agaknya dia masuk kelas apa ek? Yang pasti dia dalam Form 6 macam aku. Jangan masuk kelas aku dah lah. Dah la minah-minah dalam kelas tu cukup gedik dah(except me and a few gurl). Gerenti makin gedik jadinya. Argh… meluatnya,janganlah dia masuk kelas aku.’

Tanpa kusedari time aku dok membebel tak tau hala perhimpunan dah pun tamat. Alhamdullilah… habis gak. Aku memandang Natalia yang asyik membaca. Hai… kalau bab baca novel tu nombor satu sampai tak sedar perhimpunan dah tamat.

“Assalamualaikum,Cikgu Nadiah.”kataku sengaja menguatkan suara ketika dia lalu di sebelahku. ApalAgi niatku kalau bukan untuk mengusik Natalia. Natalia yang mendengar aku memberi salam turut mengikut walaupun dia tak sedar yang Cikgu Nadiah dah sebatu jauhnya, aku terkekeh ketawa melihatnya.

“Tulah baca novel lagi masa ada perhimpunan. Nasib baik kita duduk kat belakang sikit. Kalau tak,best woo… kau jadi ikon minggu ni.”kataku sambil ketawa. Natalia yang pada mulanya tak faham apa aku cakap akhirnya ketawa jugak bila faham apa maksudku.

“Banyaklah kau. Tak mau aku jadi ikon minggu ni,nanti gerenti kau cerita kat Abang Emirr. Malu gilerlah aku,”katanya sambil menggalas beg.

“Dah,jom.”kataku sambil menuju ke arah tangga. Disebabkan ramai orang kami terpaksa tunggu sehingga orang yang berpusu-pusu ingin naik ke kelas bersurai. Malas nak join sekaki. Rimas ngan orang yang berhimpit-himpit nak naik. Takkan lari gunung dikejar. Macam kambing nak masuk kandang dah aku tengok.

“Novel apa yang ko baca sampai kusyuk sangat tu?”tanyaku apabila Natalia menyambung bacaan yang tergendala tadi.

“Emm… Takdir Cinta,napa kau nak pinjam?”tanyanya sambil menghuurkan novel yang dibacanya kepadaku. Aku hanya membelek kulitnya sahaja. Malaslah nak baca.(semua malas apa yg rjinnya?) Aku bukannya minat sangat novel cinta ni.(yg aku dok mnulis ni bkn novel cinta ke?) Baca komik cinta sukalah.

“Best ke? Aku tanya kau semuanya best ye tak?”kataku mengusiknya.

“Memanglah aku ni tau nak beli novel apa yang best. Bukan macam kau. Just take whatever you think best. What a waste.”mentang-mentanglah anak kacukan nak berlagak pulak.

“Aku taulah papa kau orang putih. Tak payahlah nak speaking ngan aku pulak. Kau ingat kau aje bagus dalam English? Aku akan buktikan aku anak jati Malaysia. Aku akan dapat mengatasi kau dalam subjek English nanti. Tunggulah,”kataku sambil mengenggam tanganku seolah-olah berazam. Natalia yang sedang memandangku ketawa terkekeh-kekeh.

“Apa..!! Kau ingat aku tak boleh buktikan ke?”kataku memandangnya dengan mata yang terbeliak. Kepakaranku.(muka garang kalo bt mcm tu)

“Bukan macam tu,just kau ni kalau nak cakap tu jangan buat gaya sekali. Nak tergelaklah,patutlah Abang Emirr cakap kau ni kekadang over sangat.” katanya sambil tergelak-gelak.

“Abang cakap gitu? Nak kena ni… buat mogok baru dia tau,jaga dia balik nanti. Nak mogok apa ek? Minggu lepas dah buat mogok suara,nak buat mogok pulak? Hah… buat mogok…”hampir terlupa aku pada Natalia yang berada di sebelahku. Nasib baik ‘dan’ stop,kalau tidak gerenti sampai rahsia aku dekat abang.

“Apa tengok-tengok? Aku ada hutang hutang kau ke?”kataku pada Natalia. Dia hanya mengangkat bahu.

“Dah,jom. Tak pasal-pasal kena marah dengan Cikgu Nadiah tu.”katanya sambil menarik tanganku.
* * * * * * * * * * * *

“Tolong belikan aku air oren boleh tak?”pesanku pada Natalia.

No problem. Tapi kau kena belikan aku bihun sup okey?” amboi berat sebelahlah cik kak ooi. Aku nak kena beratur panjang,dia tak payahlah.

“Yalah. Tapi kau cari meja.”Natalia hanya mengangguk sambil mencebikkan bibir. Nampak sangat nak komplen.

Selepas membeli makanan aku terus mengatur langkah ke arah Natalia yang berada di hujung kantin. Agak berhati-hati,mestilah bawa dua mangkuk bihun sup. Macam menatang minyak dalam dulanglah. Kalau tumpah tak ke naya? Tetiba mangkuk jamban mana ntah langgar aku. Beruk sungguh,habis aku mandi sup. Kalau sikit tak apalah jugak tapi ni banyak. Beruk tu pun buat macam tak sedar aje. Akulah beruk macam ni… rasa macam nak ishhh…… keluar jugak nanti.

“Woi beruk…!!! Kau dah langgar aku buat selamba badak aje. Tak nampak ke baju aku dah kotor ni? Ke dah buta? Kalau dah buat salah tu mintak maaflah,ni tak buat macam takde pape pun yang jadi. Melampaulah…”ni dah geram tahap kritikal dah ni.

No comments: