Hello..!! sorry sbb dh lama xdak e3 baru. skang neh saya akn upload citer baru.. cadang nk buat cerpan je, tp tataw lah kowt2 tlebih jd e-novel.. Sorry I love you ni, adik saya punya idea. saya tlg tlis and tambah2 idea.. credits to my sister, ainaa.. please enjoy ye..

Luahkan je


ShoutMix chat widget

Saturday, November 14, 2009

K!sah K!ta (10)



Part 10


‘Apasal dengan Intan hari ni? Macam nak tak nak je cakap dengan aku. Aku ada buat salah ke? Kalau aku buat salah kenapa dia tak marah aku? Selalunya yang tu lah dia buat dulu,apasal dengan Intan ni?’

“Mak Long mana?”kataku yang menuruni tangga. Nampaknya pertanyanku membuatkan Amirul tersentak. Apa yang difikirkan olehnya?

“Di luar kot. Tadi saya tengok mama bawa buku latihan murid. Mama selalu semak buku di bangku di luar,”jelas Amirul. Aku mengangguk dan berjalan keluar.

“Awak marah saya ke?”akhirnya terkeluar jugak soalan tu.

“Marah? Kenapa pulak saya nak marah awak?”tanyaku kembali.

“Sebab di sekolah tadi saya buat tak tahu je bila peminat saya serang awak,”dia tahu pasal peminat dia rupanya. Boleh dia buat tak tau je.

“Tau tapi buat tak tau? Awak ni memang dasar…”bengap.. Aku menyudahkan kataku di dalam hati. Terus aku tinggalkan dia.

“Mak Long,Intan nak keluar kejap,nak pergi beli barang kat book store,”kataku pada Mak Long yang sedang menyemak buku.

“Pergi dengan Amirul ye,Intan? Dia pun dah bising ajak Mak Long pergi kedai alat tulis,” apa!!?? Pergi dengan mamat tu? Tak ingin aku. Tapi aku kena beli jugak barang tu hari ni. Lantaklah asal tak ganggu aku sudah.

“Mm.. yalah,Mak Long tolong bagitau dekat Amirul jap,Intan nak tukar baju,”kataku terus memasuki rumah. Amirul yang sedang leka menonton televisyen menoleh ke arah aku.

“Amirul,mari sini kejap,”kedengaran suara Mak Long dari luar. Serentak kami menoleh ke arah Mak Long.

“Pergilah,mama awak panggil,”kataku padanya sebaik dia menoleh ke arahku semula. Dia hanya mengangguk lalu bangun.

“Nanti kita cakap. Awak jangan nak mengelak pulak,”katanya lalu keluar.

Memang kita akan cakap pun sebab mama awak suruh kita pergi kedai alat tulis sama-sama. Aku menaiki tangga menuju ke bilikku untuk menukar pakaian.

“Intan.. Awak siap tak lagi?”

“Dah nak pakai tudung jap,awak tunggu dekat bangku luar,”kataku yang sedang merapikan tudungku. Pantas aku capai tas tangan dan telefon bimbitku yang diletakkan di rak.

“Amboi,ni nak ke book store ke shopping?”aku yang sedang menuruni tangga terkejut. Over sangat ke? Lantas aku melihat pakaianku,seluar jeans dan blaus. Mana ada overnya. Mamat ni pening ke?

“Over sangat ke?”tanyaku yang melihat ke arahnya. Baju ni la yang aku selalu aku pakai. Melihat dia menangguk bertambah hairan aku.

“Apa yang overnya Am? Mama tengok biasa je,” Mak Long turut hairan melihat perlakuan anak terunanya itu.

“Yalah siap dengan beg tangan lagi. Tak over ke?” ha!!?? Pasal tu je dikatakan over? Sah-sah mamat ni pening.

“Mind of your own business,”kataku lantas meninggalkannya.

“Eh,marah pulak? Tunggu la saya,”

“Cik nak ke mana?”tanya Pak Mat.

“Mula-mula pergi kedai buku,lepas tu sekolah Edry,”kataku lalu masuk ke dalam kereta.

Tengah seronok layan perasaan tetiba je telefon aku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.

‘Amirul??!! Kenapa dia send mesej kat aku ni? Padahal satu kereta,duduk sebelah aku je pulak tu. Otak tak betul ke dia ni? Wayar apa yang tersalah sambung? Wayar kewarasan tersalah sambung dengan wayar apa pulak ni??!!’ Dengan penuh tanda tanya aku membuka mesej dari Amirul tu.

-Kenapa dgn awk ni? Dr tadi lagi,apa salah saya? Awak… Cakaplah apa salah saya,saya x tahan kalau awk x nk cakap dgn saya. Kalau mama x suruh saya ikut awk saya masih xde peluang nk cakap dgn awk. Please Intan… Say something. Am dah x tahan dgn kebisuan Intan. Say what I’ve done 2 u. What my mistake??!!

Aku memandang ke arah Amirul yang boleh buat muka selamba lagi. Apasal dengan dia ni?? Aku membalas mesejnya. Kalau dia nak main mesej aku tak ada masalah.

-Apa salah awk??!! Awk masih nk tanya lagi apa salah awk? Saya rasa awk tau apa salah awk,cuma buat bodo je.(Sorry kasar bahasa)If u want 2 know what ur mistake is,u have 2 remember what u said 2 me this afternoon and just now. One more thing,kenapa awk mesej saya? X boleh cakap ke? Saya no hal kalau nk main mesej kredit saya banyak.

Amirul tersenyum sebaik baca mesej yang aku balas. Seronok lah tu. Tiba-tiba telefonku berbunyi lagi. Tak habis-habis lagi ke cik abang oi..??

- Ohh.. Fasal girls yang marah awk tu ke? Alah.. Sorrylah bukannya x nk sound diaorg just x nk cari gaduh. Not a big deal ok?? Fasal handbag tu pun sorry…Bukan nk mengata tp mmg betul pun. Awk pakai mcm nk pergi shopping je. Saya malas nk cakap depan Pak Mat seganlah.

- NOT A BIG DEAL KATA AWAK!!! Diorang bknnya marah. tu dh dikategorikan sbgai serang dh tw? Awk ni sah-sah dah buta. Kalau x kerana awk mungkin saya dah masuk hospital. Awk tahu x diaorg sanggup buat apa2 pun utk dptkan awak. Termasuk mencederakan saya. Malaslah nak cakap dgn awk. Another mistake,right? Don’t ask me what ur mistake is.

-Ha…??? Awk merajuk lagi ke? Alah jgnlah merajuk nnt x cantik dah. X comel… Intan kan comel. Alaa.. Busyuk,busyuk jgn merajuk…

-Saya punya suka la. Awk nk sibuk apa?

-Mestilah saya ambik tau. Awk kan bakal kekasih saya.

-What??!! Dlm mimpi pun x ingin tau…

-Dlm mesej mmglah tp dlm hati x siapa tahu kan?? Rahsia dihati x siapa yg tahu.

-X teringin pun. Boleh jalanlah…

-Amboi garangnya.

-Whatever……Dah lah tu… Nk sampai dah.

Pak Mat menurunkan aku dan Amirul di depan The Popular. Amirul masih tersengih-sengih memandangku.

“Wayar putus ke?” tanyaku padanya.

“Ha..?? Wayar putus?” tanyanya pula.

“Yalah,tersengih-sengih macam orang gila. Am ni kekadang macam orang yang waras tapi kekadang macam ‘kureng’ sikit,”dengan selamba aku memberi jawapan itu.

“Salah ke kalau saya nak senyum? Senyuman itu kan satu sedekah,”

“Memanglah senyuman itu satu sedekah but your smile looks like crazy man okay. Pleaselah jangan senyum gitu. Takut saya tengok,”

”Apasal nak takut pulak? Saya bukannya orang jahat pun,”

“Takut kena angkut dengan Jabatan Kebajikan lepas tu hantar ke Tanjung Rambutan,”

“Ha…?? Tanjung Rambutan?”

“Yalah,tak pun hospital bahagia terdekat. Tanjung Rambutan or Hospital Sakit Mental.”kataku dengan muka yang selamba,padahal dalam hati dah macam nak ketawa terbahak-bahak.

“Banyaklah awak. Am bukannya gila nak masuk mental hospital. Intan bolehlah,”dia ni kejap Am,kejap ‘saya’ nasib baik tak keluar ‘aku‘.

“Apa awak nak saya panggil awak sebenarnya hah? Kejap Am,kejap saya. Bikin pening kepala gue saja lu ni,”kataku mengajuk cara percakapan Indonesia.

“Awak ni dah bercakap macam Bibik pulak. Awak panggil aje panggilan apa yang awak suka. Am ke awak ke. Kalau sayang lagi saya suka,”katanya lalu terus ke bahagian buku rujukan. Apalagi kalau nak mengelak daripada kena marah dengan aku. Suka-suka nak suruh aku panggil dia sayang dia ingat aku ni apa? Makwe dia?

1 comment:

Fotokiter said...

piat je telinga dia....