Hello..!! sorry sbb dh lama xdak e3 baru. skang neh saya akn upload citer baru.. cadang nk buat cerpan je, tp tataw lah kowt2 tlebih jd e-novel.. Sorry I love you ni, adik saya punya idea. saya tlg tlis and tambah2 idea.. credits to my sister, ainaa.. please enjoy ye..

Luahkan je


ShoutMix chat widget

Sunday, February 28, 2010

K!sah K!ta (11)

Part 11

�Intan, tolong panggil Amirul turun makan.� arah Mak Long yang tengah menyusun lauk pauk di atas meja. Aku terus memanjat tangga untuk ke bilik Amirul yang hanya bersebelahan dengan bilik aku.

�Amirul, Mak Long panggil makan.� kataku diselangi ketukan di pintu bilik Amirul.

�Amirul� dah pekak ke?�tanyaku sekali lagi apabila tiada jawapan dari Amirul. Rasanya nak pecah dah pintu ni aku ketuk. Aku pulas tombol pintu biliknya. Takut dia tertidur jadi tak dengar aku panggil dia. Sebaik pintu biliknya dikuak tiada sesiapa di dalam bilik.

�Amirul� awak� yuhuuu� ada orang tak??�jeritku. Melalak sorang-sorang depan pintu bilik dia ni. Nak kata dia keluar, tak kot. Aku tak nampak dia turun pun tadi. Lagipun kalau dia keluar dia mesti bagitau kat mama dia. Mamat ni nak main sorok-sorok ke?

�Ahh� lantak awaklah. Malas nak ambil kisah� yang nak kebuluran awak jugak�� putusku. Aku yakin dia ada di dalam bilik ni. Tapi saja nak main-main dengan aku�

�Yalah, yalah. Saya keluar.�kedengaran suara Amirul di sebalik pintu. Lahh� dia menyorok at situ je? Macam mana aku boleh tak perasan.

�Ingatkan dah memang takde dalam ni tadi.� kataku memperli,

�Perli, perli. Dah jom turun.�ujarnya lalu keluar dari tempat persembunyiannya. Eh, marah nampak?

�Laahh� marah ke? Kalau marah kena jual.� tanyaku padanya. Mengikut dialog P. Ramlee.

�Tak lah, tak marah� suka�� dia pun join sekaki.

�Apasal sembunyi belakang pintu? Ingat Intan lapang sangat ke nak main hide and seek ?�

�Sapa suruh Intan tak nak cakap dengan Am, sebab tulah Am buat macam tu. Kenapa dengan Intan? Apasal marah sangat dengan Am?� amboi� selambanya cakap.

�Kalau Intan marah dengan Am, Intan takkan panggil Am turun makan. Intan akan suruh Edry aje yang panggil Am.� jelasku.

�Ya tak ya jugak kan? So, Intan tak marah Am lah ni kan?�iya-iya dia tanya aku,

�Intan tak marah tapi Intan nak hukum Am. Boleh kan???� tanyaku sambil menaik-naikkan keningku.(ye ke? Lily pon xtw mcm mna nk tulis)

�Alorh� tak payah lah. Sikit je salah Am tu� tak payah lah hukum-hukum.� katanya separuh merayu..

�Takde- takde. Hukuman tetap hukuman� hukuman apa yek?? Hm��kataku sambil meletakkan jari ke dagu.

�Alahai comelnya� janganlah buat muka macam tu sayang.� kata Amirul sambil mencuit pipiku.

�Ish� apa lah Am ni. Tak suka tau. Tambah hukuman baru tau.� marahku sambil mengusap-usap pipiku.

�Alah� janganlah. Sikit-sikit cukuplah ye??� rayunya.

�Sapa suruh cuit pipi Intan? Intan tak suka tau tak?�marahku pula.

�Akak, Abang. Cepatlah turun makan, kami tunggu lama tau tak? Edry dah kebulur dah ni. Kakak dengan Abang Am boleh berbual lagi.� marah Edry yang muncul tiba-tiba dari tangga.

�Alorh sorilah Edry� Abang Am punya pasal lah ni. Edry lapar yek? Jom kita turun.�ajakku sambil memeluk Edry.

�Hukuman Am nanti Intan fikir. Tunggu je,�sambungku pula. Amirul hanya tersenyum.

�Maaf lambat Mak Long. Amirul punya pasal ni.�kataku lalu duduk di tempatku.

�Apa pulak Am? Salah Intan lah.� bidas Amirul yang baru turun.

�Dah dah. Tak kisah salah siapa. Edry dah lapar, jadi Edry nak makan.� sampuk Edry sebelum sempat aku membalas.

�Oklah. Kesiannya dengan adik kakak ni. Baca doa.�arahku.

�Intan, birthday Edry dah dekat kan?? Berapa hari bulan??�tanya Mak Long ketika aku membantunya mengemas meja makan.

�A�ah. 14 hari bulan ni. Minggu depan. Kenapa Mak Long?�jawabku.

�Takde lah. Mak Long ingat nak buat majlis lah. Dah lama rumah ni takde buat majlis. Nak buat majlis Am, dia tak nak.�

�Dia kata majlis-majlis ni semua untuk budak-budak ek?� tekaku.

�A�ah. Macam mana Intan tau? Intan pun macam tu ke?�hairan Mak Long aku boleh tau.

�Mana ada. Intan tak macam tu lah. Tapi Dinas yelah. Dia kata dia rasa diri dia tua. Baru 14, nak tua apa ye tak Mak Long?�kataku sambil tersenyum.

�Ish apa yang tuanya. Muda lagi tu. Kalau macam Mak Long tak pe lah nak kata tua,�balas Mak Long yang sedang mengupas epal.

�Tulah pasal. Jadi lah Mak Long nak sambut birthday Edry ni?�tanyaku. Sepotong epal yang dah Mak Long potong aku ambil.
�Jadilah. Apasal tak jadi pulak. 14 hari bulan��kata Mak Long seperti sedang berfikir.

�Pak Long balik 12 hari bulan ni... Sempatlah kan?� sambungnya lagi.

�Sempat lah tu. Nanti Intan call mama dengan papa. Kot-kotlah boleh balik.�cadangku.

�Emm.. Bagus jugak tu.�kata Mak Long sambil join aku makan epal yang baru dipotong�

�Mama, mana epal? Mama kata nak potong tadi,�tanya Amirul yang masuk ke dapur.

Aku dan Mak Long saling berpandangan kemudian kami tersenyum sesama sendiri.

Aku bangun dengan pinggan yang berisi beberapa potong epal yang tinggal lagi. �Nah ambik. Jangan tanya apa-apa,�kataku lalu meletakkan pinggan itu ke tangan Amirul yang tercengang-cengang.

�Eh? Takkan banyak ni je kot Intan?�tanyanya padaku separuh menjerit kerana aku telah pun berada di tangga.

�Yelah. Tak payah makan banyak-banyak. Lagi pun Am sorang je nak makan.�balasku menjerit juga.

No comments: