Hello..!! sorry sbb dh lama xdak e3 baru. skang neh saya akn upload citer baru.. cadang nk buat cerpan je, tp tataw lah kowt2 tlebih jd e-novel.. Sorry I love you ni, adik saya punya idea. saya tlg tlis and tambah2 idea.. credits to my sister, ainaa.. please enjoy ye..

Luahkan je


ShoutMix chat widget

Friday, September 4, 2009

Kau dan aku 5



Part 5

“So what???”katanya pula.

Faez termangu-mangu antara kami berdua.

‘Minah dua ekor ni kenapa? Sakit jiwa ke? Macam musuh aje, main lawan mata. Tak berkelip-kelip pulak tu. teror gak arr diorang ni. Dah lama diorang macam ni.’

“Wei korang dua ni apasal? Nak fight ke? Kalau macam tu, teruskan. Sapa menang aku belanja breakfast.” Faez menyampuk.

“Mamat ni apasal? Kawan ko ke?”tanya minah yang langgar aku tu.

“Entah, mamat sesat mana ntah. Tak payah layan dia…”kataku sambil memandang Faez.

“Wah…!!! Millia…Lamanya tak jumpa ko. I miss you soooooooo much. Macam tak lengkap je hidup aku tanpa ko. Lia apa cerita?”tiba-tiba minah yang tak diketahui asal usulnya itu menjerit. Dan kami berpelukan.

“Rina… aku pun rindu gileeeeeeeer ngan ko. Ko dah habis bertapa kat USA tu? Lia sekarang dah putus ngan mangkuk tu. Dah kapel ngan abang aku pun,lelaki pujaan dia tu…”kataku dan kami berpelukan lagi.

Wait seminit, korang dua ni kawan baik ke? Apasal tadi macam nak gaduh je. And Natasha, we’re late.” Faez menyampuk.

What??!! Kenapa kau tak cakap awal-awal? Argh… ko kelas mana ni Rina?”tanyaku sambil sambung mengutip kertas yang kembali bertaburan ketika aku memeluk gadis itu. Nak tau sapa minah tu? Meh aku citer.

Nama dia Tengku Nur Mika Qazrinna. Kira ada keturunan diraja lah. Tapi dia ni tak sombong macam kebanyakkan keluarga diraja kat Malaysia ni. Aku dah lama berkawan dengan dia sejak darjah 2 ke 3 ntah. Aku rasa sejak darjah 2 kot… lantaklah. Masa dia Form One, dia kena pindah ke USA,ikut keluarga dia yang bertapa kat sana. Dia ni macam Natalia. Berdarah kacukan, tapi dia kacukan Jepun-Melayu. Datuk dia orang Jepun, tapi bukan komunis ok…
Kami tiga ni memang member satu kepalalah kiranya, semuanya otak tak betul . Walaupun Natalia ngan dia selalu bergaduh tapi kitaorang memang rapat ‘macam dakwat, bulu pelepah dan kertas’.

“Woi ko berangan apa lagi? Cepatlah jalan. Cikgu korang marah nanti.”

“Kecoh lah ko ni beruk. Biar lah aku nak bermesra ngan kawan tak berapa rapat aku ni. Kecoh je..”kataku lalu memeluk Qazrinna lagi.(peluk lagi…tak dak benda lain nak buat ke?)

“Apa?!! Kawan tak berapa rapat? Aku tak nak kawan ngan kau lagi. Siap panggil aku beruk pulak tu. Tak yah dok peluk-peluk lah.” aku memandang ke arah Faez lalu Qazrinna. Lahh… silap tengok orang pulak.

“Alamak tersilap orang pulak. Tulah ko apsal suara garau? Kan aku dah ingat suara beruk ni.” balasku sambil tersengih-sengih. Bukan nak cover, tapi nak mengusik.

“Lantak ko lah. Dah pergi masuk kelas kau. Aku nak pergi pejabat.”katanya lalu meninggalkan aku dengan Faez.

“Kenapa kamu berdua lambat sangat? Kan cikgu dah kata cikgu busy hari ni?”marah Cikgu Nabila ketika kami masuk ke kelas.

“Cikgu, cikgu tak nampak ke banyak mana kertas yang kami kena bawak ni? Dah macam assigment kat universiti dan tebalnya. Cikgu tak kesian kat kami ke?”balasku sambil menkelip-kelipkan mataku yang cantik ni.(Buekk… perasan.) Mohon simpati lah katakan.

“Yelah,kamu boleh duduk sekarang. Shazwan edarkan kertas ni.”arah Cikgu Nabila, taktik aku menjadi.

“Apasal saya cikgu? Kan Millia ketua tingkatan? Suruh lah dia buat.”protes Shazwan, penolong ketua tingkatan.

“Woi mangkuk!! Aku sekeh jugak ko ni. Aku dah gunakan kudrat yang ada nak bawak kertas tu semua, kau nak suruh aku habiskan semua tenaga aku ke? Kalau macam tu lepas rehat. Sementara ni ko buat dulu semua benda yang aku sepatutnya buat.”aku yang baru duduk bangun semula. Tapi aku ni over sikit. Tak lah semua kudrat digunakan. Cuma malas sikit

“A’ala, minah ni. Baru bawak banyak tu dah kecoh…aku ni tiap hari bawak dua tiga tong gas, tak kecoh pun.”ek eleh. Mentang-mentang lah anak tauke kedai runcit, nak tunjuk kata rajin sangat lah tu.

“Woi mangkuk segala mangkuk. Kami ni bawak kertas tu naik dari tingkat satu sampai tingkat tiga. Kau angkat gas naik motor lepas tu bawak motor, bawak turun pulak gas tu dari atas motor, habis kerja. Lagi satu aku ni guna kudrat seorang pompuan, kudrat orang pompuan tak macam kudrat orang laki. Kudrat orang laki ni lain, betul tak Hakimi?”tanyaku pada Faez pulak. Macam mana terkeluar Hakimi aku pun tak tau. Asalkan nama dia jugak.

“Ha??? Ya. Betul tu.”pada mulanya dia nampak terpinga-pinga, lepas tu barulah dia jawab.

“Apa yang betulnya?”sakatku pula. Nak tengok dia dengar tak time aku dok membebel tadi.

“Dah, dah. Saya tak ada masa nak dengar kamu bergaduh. Shazwan, edarkan kertas ni. Atau awak dan patner awak akan dapat kosong. Ye Arni, Shazwan?”ugut Cikgu Nabila pula. Arni dah menjeling Shazwan.

“Haa…dengar tu,”kataku pula. Shazwan menunjukkan penumbuk ke arahku. Aku menjelirkan lidah ke arahnya.

“Hah!! Emillia, nak berdiri atas kerusi ke?” tanya Cikgu Nabila pula.

“Nak, cikgu. Eh,tak nak, tak nak. Apa kata cikgu suruh Hakimi yang berdiri, ganti saya. Boleh kan Hakimi?” ujarku sambil memandang Faez.

“Hah?? Apasal aku pulak?” bulat matanya memandangku.

Well, ko kan patner aku. Gentleman lah sikit.”banyaklah aku punya gentleman.

“Kesalahan kau aku pulak yang kena. Aku tak kira gentleman tak gentleman, aku tak nak.”bantahnya pula. Huh… tak gentleman lansung.

Baru nak buka mulut buat serang balas, kedengaran suara orang memberi salam di ikuti dengan ketukan di muka pintu. Semua yang ada di kelas menjawab salam serentak. Apabila aku mengalihkan pandangan ke arah muka pintu aku menjerit kecil lalu menyiku Natalia yang sedang memandang ke arahku.

“Ni kelas 6Sc1 ke?”tanya gadis itu.

“Ya… ada apa yang boleh saya bantu?”jawab Cikgu Nabila.

“Saya baru dipindahkan ke sini dan ditempatkan di kelas ni. Nama saya Tengku Nur Mika Qazrinna Binti Tengku Nasir.”katanya memperkenalkan diri.

Another one??? Sekolah kamu ni femes juga ye…”kata Cikgu Nabila.

“Mestilah, cikgu… sekolah ni terkenal tau. Sebab apa? Sebab saya sekolah kat sini. Betul tak Lia?” jawabku.

“Bukannya sebab kau tapi sebab sekolah ni sekolah yang banyak melahirkan pelajar yang cemerlang. Lagi satu kebanyakan bebudak laki kat sekolah ni hensem-hensem…bukannya sebab kau. Apalah suka perasan sangat minah ni…”balas Natalia. Siap kutuk aku lagi…

“Lah… bukan sebab aku ke? Ingatkan sebab aku… kan aku ni cantik. Hehehehe, perasan lagi… Kau duduk dengan aku Rina,”kataku sambil menepuk-nepuk meja di sebelahku.

“Aku macam mana?”tanya Faez.

“Kau?? Kau duduk belakanglah, please… dah lama aku tak jumpa Rina. Nak jugak bermesra dengan dia. Merapatkan silaturahim yang hampir putus. Sipi je lagi putus terus…”kataku melalut lagi.

“Banyaklah kau nak sambung balik tali silaturahim yang hampir putus. Yang aku dok hantar email kat aku tu bukan boleh merapatkan silaturahim ke? Semua email ko yang menyemak dalam inbox aku tu bukan merapatkan silaturahim lagi? Tak pe saudara, saudara duduk je kat situ. Jangan di layan Millia ni,”balas Qazrinna.

“Sudah-sudah, naik pening kepala saya dengan kamu semua ni. Qazrinna boleh duduk di sebelah Arni.”akhirnya Cikgu Nabila bersuara setelah melihat pengtengkaran kami tadi. Nasib tempat Qazrinna belakang aku je.

No comments: